Majlis perkahwinan di negeri ‘T’ terpaksa dibatalkan kerana keluarga pengantin perempuan
Kerana gagal menyediakan hidangan sumsum tulang kambing sebagai sebahagian daripada menu bukan vegetarian.
Senarai hidangan untuk majlis itu telah dirancang oleh pihak pengantin perempuan, tetapi keluarga pengantin lelaki meminta agar hidangan sumsum tulang kambing disediakan..
Perbalahan besar tercetus antara keluarga pengantin semasa hari pertunangan pada November lalu apabila hidangan yang diminta oleh keluarga pengantin lelaki tidak disediakan.
Walaupun pihak polis campur tangan, pihak pengantin lelaki enggan menyelesaikan isu tersebut pada hari kejadian kerana menganggapnya sebagai satu penghinaan.
Mereka mendakwa bahawa pihak pengantin perempuan sengaja menyembunyikan berita ketiadaan hidangan itu sehingga majlis pertunangan berlangsung.
Akibat persengketaan berpanjangan, majlis perkahwinan pasangan tersebut terpaksa dibatalkan