Suami sengaja letak mas kahwin tak cukup, rupanya nak dicerai talak 3 sejam selepas jadi isteri

Oleh SULAIMAN ABD RAHMAN

Suami ini sengaja letak mas kahwin tak cukup RM1,000 sebab nak tengok apa reaksi pihak perempuan. Rupanya perempua ini dicerai talak 3 sejam selepas jadi isteri.

Seorang juru foto gambar perkahwinan yang menggunakan nama Facebook Boii Amani Hashim,

Beliau menceritakan satu kisah “jadi suami hanya setengah jam” yang dikatakan berlaku di depan matanya sendiri.

Suami sengaja letak mas kahwin tak cukup, rupanya nak dicerai talak 3 sejam selepas jadi isteri

Lama juga aku jadi photographer wedding. Macam-macam aku dah tempuh. Ni aku nak share sikit cerita yang pernah terjadi depan aku dulu. Mas kahwin mak ayah perempuan ni letak RM22,222.22. Memang mahal gila … tapi si lelaki ni setuju.

Aku tengok pun lelaki ni bukan calang-calang orang juga.

So sampai la hari akad nikah, happy je dua-dua belah pihak. Pengantin muka dah tak sabar mengawan. Ye la, musim hujan masa tu.

Tok kadi sampai maka berlangsung la majlis akad nikah dan selamba dengan senafas je si lelaki lafazkan akad. Baru Sedar Duit Hantaran Tak Cukup Seribu

Hantaran pun bertukar tangan begitu juga dengan mas khawin. Masa lelaki tu nak baca lafaz takliq, tiba-tiba sedara dari pihak perempuan bising “duit hantaran tak cukup seribu ni”

Terus bangun pengantin perempuan dari tempat duduk. Tinggikan suara kat pengantin lelaki bertanyakan pasal apa tak cukup seribu … siap pihak perempuan perli-perli “dah tahu tak cukup duit tapi gatal sangat nak kahwin tu kenape”

“Baru jadi isteri tak sampai setengah jam dah macam ini …

Yang pengantin lelaki walaupon mata berkaca, dia senyum je. Dia ambil microphone lepas itu dia cakap. “Baru jadi isteri tak sampai setengah jam dah macam ni. Saja saya tak cukupkan seribu sebab nak tengok kamu macam mana. Ni ade saya bawa wang yang tak cukup tu “sambil buka bag yang berkepok-kepok duit 50 dengan 100.

Cerai terus…

“Takpa la … alang-alang semua ada kat sini, boleh jadi saksi saya. saya ceraikan awak dengan talak tiga.

Assalamualaikum ”

drop microphone

Salam-salam terus gerak.

Baca juga: “Aku tahu suami aku mampu poligami, tapi macam mana dengan perasaan aku, sia-sia 18 tahun berkahwin…”