Pewaris Hemes miliki aset bernilai RM55 bilion sekali gus menjadikannya orang ke-161 terkaya di dunia bertindak menyerah harta kepada seorang tukang kebun.
Memiliki 5.7 peratus daripada modal Hermes, walaupun jumlah kelihatan kecil,
ia tetap menjadikannya pemegang saham individu yang terbesar untuk syarikat itu.
Forbes menganggarkan nilai bersih kekayaan Nicolas Puech adalah AS$11.7 bilion (kira-kira RM54.86 bilion).
Pembantunya yang berusia 51 tahun berasal dari Maghribi itu sudah bekerja untuk Puech selama beberapa dekad dengan menjadi tukang kebun, tukang, dan pengurus kediamannya.
Berkahwin dan mempunyai dua orang anak, pasangan itu pada dasarnya menjadi satu-satunya ‘keluarga’ Puech, dan beliau merujuk mereka sebagai anak-anaknya dan anak angkat.
Puech memberitahu seorang peguam untuk memulakan prosiding anak angkat dan sedang menunggu pihak berkuasa membuat keputusan.
Dilaporkan juga bahawa jika ini berjaya, lelaki itu boleh mewarisi sekurang-kurangnya separuh daripada kekayaan Puech.
Hermès dilaporkan mencatat keuntungan bersih AS$3.7 bilion (kira-kira RM17.3 bilion) pada 2022
Puech memberi pasangan itu dengan lebih daripada AS$1.6 juta (kira-kira RM7.5 juta) pada 2015 untuk membeli sebuah vila di Marrakech, Maghribi.
Pasangan itu juga membeli pelbagai ladang dan kira-kira 50 tanah pertanian di Sepanyol dan Portugal serta sebuah vila di Montreux, Switzerland yang bernilai lebih AS$4.5 juta (kita-kira RM21 juta).
Nicolas Puech mempunyai pertalian darah dengan Thierry Hermes yang mengasaskan rumah fesyen mewah Perancis itu pada 1837. Beliau mahu meninggalkan sebahagian besar kekayaannya kepada bekas tukang kebunnya.