Jangan normaliasikan semua benda naik harga malah ada pula yang bercakap ‘biasa la sekarang semua barang mahal’.
Terkejut pelanggan ini apabila membeli nasi putih dengan harga RM2.50 bagi sepinggan di sebuah restoran di Kuala Lumpur.
Menerusi aplikasi X pelanggan itu mededahkan harga tersebut terlalu mahal ketika menerima resit bayaran untuk makanan yang diambil.
“Harga nasi putih RM2.50, jangan normalisasikan semua benda nak naik harga. Ada pula yang boleh cakap ‘biasa la sekarang semua barang mahal’.
“Cuba periksa kalau yang meniaga ini guna barang subsidi ke tidak? Paling utama siapa tuan kedai, warga tempatan atau warga asing,” soalnya.
Selain nasi putih, antara harga makanan lain yang turut menarik perhatian adalah sup tulang yang mencecah RM19.
“Paling aku benci baca ayat ‘kena terima hakikat, terima kenyataan’. Masalahnya peniaga itu betul jujur ke sebab kebanyakan peniaga banyak yang ambil kesempatan,” ujar Azman.
“(Mak aih) cekik darah betul, meja pun calar-balar nak can harga kafe, harga sup tulang pun RM19 memang gila,” ujar Kalima dipetik Kosmo.