Assalam para pembaca sekalian. Nama aku Cik Mawar, berusia 31 tahun. Walaupun nama aku Cik Mawar, nasib hidup aku macam cinderella, malah lebih terok.
Aku seorang yang cemerlang dalam pelajaran tapi aku bukanlah jenis yang bercita cita tinggi.
Nak ambil course apa dekat universiti dulu pun aku tak tahu nak ambil course apa.
Atas nasihat orang sekeliling, aku ambik course yang menjanjikan kerja sejurus habis belajar.
Pekerjaan aku pekerjaan yang professional. Kerja kerajaan dan bergaji 5k++. Tapi, nasib malang bermula pada bulan 5 tahun lepas, aku diberhentikan kerja dengan serta merta.
Bagaimana terjadi, kisahnya agak panjang dan ianya akan menjadi satu lagi karangan ngeri disebabkan nasib aku yang malang, yang tak pandai membela diri sendiri dan mengalah diam saja.
Semenjak berhenti kerja, aku ada cuba (selalu) mencari kerja dan ada membuat part time sambil sambil itu. Hinggalah February yang lalu, aku mula mendapat kerja yang lebih stabil, iaitu kerja setiap hari kecuali hari minggu. Tapi kerja ni gaji bayar hari. Kira macam belum tetap lagi lah. Ini kerja masih selari dengan kerja professional aku.
Tapi di bulan March, c0vid melanda dan PKP dilaksanakan. Ujian datang lagi, boss tempat aku kerja mula minta aku untuk tidak datang kerja kerana bisnes yang perlahan dan tak dapat tampung kos upah pekerja seperti aku.
Jadinya, aku mengganggur lagi sepanjang PKP. PKP makin lama makin panjang dan aku masih belum dipanggil untuk kerja kembali. Jadi, sekarang aku terpaksa mencari kerja di tempat lain dan masih mencari.
Owh, ya. Aku sebenarnya sudah berkahwin. Semasa aku masih bekerja tetap. Aku bantu suami untuk bayar sewa rumah dan barang keperluan yang lain. Aku tak pernah pun berkira.
Tapi semenjak aku tak bekerja dia terpaksa bayar sewa rumah sendiri. Namun barang keperluan aku masih guna duit aku, sebab aku bukan jenis meminta.
Tapi, rasanya masalah kewangan ini sedikit sebanyak memberi tekanan pada suami aku dan hubungan kami tak bahagia. Makin kerap bergaduh, kerap tiada persefahaman.
Pejam celik pejam celik, sudah setahun aku berhenti kerja tapi…aku tak pernah bagitahu ibu aku di kampung. Bila balik kampung, aku buat macam biasa. Belikan barang dapur, bagi duit belanja pada ibu seperti biasa.
Cuma, aku makin jarang balik memikirkan kos tol dan minyak. Kadang kadang, aku hanya pindahkan wang pada kakak aku untuk diberi belanja pada ibu untuk mengurangkan kos ulang alik ke kampung.
Sekarang, aku di kampung setelah lama tak pulang akibat PKP. Sedang bersembang di dapur, akhirnya aku bagitahu pada ibu yang aku sudah tidak bekerja tetap. Aku menangis ketika itu.
Ibu terkejut dengan pengakuan aku. Ibu bertanya sudah berapa lama, aku jawab jujur sudah setahun.
“Ibu minta maaf, ibu tak tahu. Kereta bayar macam mana?” Aku jawab yang aku korek duit tabung haji untuk tampung kos hidup aku sekarang ini.
Ibu sekali lagi minta maaf pada aku. Entah untuk apa, aku pun kurang pasti. Air mata aku masih laju keluar. Bukanlah niat aku balik kali ni untuk berterus terang dengan ibu tapi ada sesuatu yang sentiasa bermain di benak fikiran aku. Sambil menangis teresak terasak aku bertanya pada ibu,
“Orang tak tahu kenapa hidup orang jadi macam ni bu. Orang tak ada apa apa. Orang tak ada rezeki kerja, tak ada rezeki hubungan yang baik dengan suami, tak ada rezeki anak. Orang ada buat perkara yang ibu tak redha kat orang ke. Orang ada dosa dengan aruwah abah ke…”
Laju ibu menjawab,“Tak ada, nak… Ibu tak pernah doa buruk buruk untuk anak ibu. Ibu halalkan tiap titis susu ibu pada anak anak ibu.
“Orang bukan nak tak nak bagitahu ibu, tapi orang tak nak ibu susah hati tentang orang”“Seorang ibu mesti susah hati tengok anaknya derita tak bahagia susah macam ni”.
“Orang rasa nak bnvh diri. Sebab orang tak nak susahkan siapa siapa”. “Jangan, nak… Allah benci yang tu”
Aku tahu Allah benci, tapi dugaan ni tak tertanggung. Aku tahu Allah bebani hambaNya sesuai dengan apa yang boleh ditanggung… tapi dugaan serentak begini, aku sebenarnya tidak mampu.
Keinginan membnvh diri itu menjengah sekali sekala. Bagaimana cara untuk bnvh diri dengan mudah, aku pernah google. Tapi jawapannya hampa. Yang pernah google je tahu apa jawapan yang google bagi.
As expected, ibu aku susah hati. Kerana itulah aku merahsiakan semua ini tapi aku tak mampu nak tanya apa yang bermain di benak fikiran aku, tanpa ku berkata jujur pada ibu.
Aku sebenarnya ingin beritahu setelah aku mendapat kerja yang stabil tapi aku takut. Aku takut kerana tak ada redha ibu lah, aku jadi begini. Tanpa redha ibulah aku tak mampu dapat kerja tetap.
Masa ibu solat zohor, aku perasan ibu menangis ketika berdoa. Juga di solat asarnya pada petang itu. Sekali sekala ibu berkata pada aku boleh amalkan surah Yasin dan Waqiah untuk murah rezeki.
Mak juga hadiahkan seutas tasbih untuk aku sentiasa berzikir. Aku bagitahu mak aku ada berzikir tapi hanya menggunakan jari untuk bilangan. Mak cakap susah nanti lost track.
Aku ada berdoa, tapi aku tahu doa ibu lebih mujarab. Lebih mudah sampai pada yang maha mendengar lagi mengasihani. Doa seorang ibu lebih mudah diangkat, lebih mudah termakbul.
Macam zoroe zoroe (ntah macamana sebut) aku cuba guna senjata terakhir aku. Untuk itu, aku terpaksa bayar dengan berterus terang.
Lepas pengakuan berani mti itu, aku bawa ibu keluar beli barang dapur. Ibu banyak kali cakap dia nak bayarkan. Aku tak sampai hati juga, aku bayarkan.
Kami dari keluarga susah, ibu cakap ibu tak mampu nak bagi aku apa apa selain airmata. Ibulah yang paling memahami sedalam dalamnya isi hati anaknya ini.
Yang sudi membaca, sudi sudi lah doakanlah aku agar dimurahkan rezeki dari segi pekerjaan, anak dan hubungan yang baik bersama suami aku.
Untuk pengetahuan korang, suami ada menyatakan hasrat untuk berpisah 2 minggu yang lalu. Mana tahu, doa rawak korang ada juga yang diangkat.
Untuk itu, aku dahuluukan dengan ucapan terima kasih. Moga bahagia milik kita diakhirnya walau bagaimanapun, pengakhirannya itu.
Dan… Sebelum pulang ke bandar, aku ada menyatakan hasrat pada ibu, jika aku mti nanti… bawa aku pulang. Aku ingin pulang. Sekali lagi, ke sisi ibu.
Apa reaksi warganet
Olien Noor Azlin, Tertanya tanya juga, semudah itu kerajaan buang pekerja? Serious la. K3s apa yang besar sangat tu?
Setiap ujian yang Allah beri, mesti akan ada hikmah yang awak belum nampak. Jangan simply simply nak bnuh diri disebabkan hilang kerja, dan suami minta berpisah. Ahhh benda boleh settle. Lapang dada, Cari kerja baru, dekatkan diri pada Allah, selalulah berdoa. Mungkin ada kekhilafan kita yang kita tak sedar.
Kalau rezeki kerja dan jodoh itu berpihak pada awak, akan jadi milik awak juga. Jika tidak, lepaskan saja. Itu yang terbaik. Akan datang perkara yang baik dikemudian hari.
Saya doakan semoga Allah permudahkan urusan awk, Dan dimurahkan rezeki hendaknya. Amin.
Nursarah Puteri, Kenapa bila isteri hilang kerja suami pulak terpalit masalah kewangan dan rumahtangga jadi bermasalah.
Seorang isteri tak sepatutnya berhadapan situasi camni bila mana dia diuji kehilangan kerja, kasih sayang dalam rumahtangga turut sama hilang? Bahkan suami mahu berpisah atas alasan apa ya? Sebab isteri dah tak boleh menyumbang dlm ekonomi keluarga? Walhal belum ada anak lagi.
Yaa Allah apa ye yang aku baca dalam confession ni. Menyedihkan untuk isteri isteri hadap perkara macam ni. Tiada sokongan seorang suami. Mentang mentang sebelum kawen mungkin isteri gaji 5000. Sorry I tak boleh stop untuk put the blame on husband sampai isteri boleh rasa nak bnuh diri. This is w0rst.
Amin Aniza Ayob, Pasaangan hidup sepatutnya memberi semangat. Dulu aku diberhentikan, takda kerja. Bini aku tanggung semua. Laki bila tak kerja dok rumah, masak kemas rumah masak. Adoi stress.
Tapi aku bernasib baik dapat isteri yang terus bagi semangat. Anak pon xde masa tu. Sekali Allah bagi rezeki, isteri mengandung. Aku dapat kerja yang sangat stabil.
Dik, jangan putus asa yer, Allah ada. Masa aku dpress dulu aku yakin je dengan perancangan Allah. Allah is the greatest planner.
Apa pon yang kita rancang tak akan sebaik perancangan Allah. Kalau Allah dah tentukan awak bercerrai dik, itu adalah yang terbaik untuk awak sebab Allah nak gantikan pasaangan yang lebih baik untuk awak. Jangan risau yer. Terus berdoa dan berdoa.
Nur Akmal Baizura, Suami yang baik tak akan biarkan isterinya berseorangan ketika dilanda musibah. Saya pun pernah diberhentikan kerja tiba tiba.
Tapi yang saya perasan bila suami je yang bekerja sorang rezeki kami makin bertambah tambah berbanding masa saya bekerja. Suami siap kata mungkin ada duit saya yang dia digunakan tapi saya tak reda. Sampai sekarang suami lebih suka saya dirumah. Berkerja sendiri.
Berdoa jangan putus sis. Kalau kita di tempat orang yang terinaya insyaAllah Allah akan bantu bila smpai masanya.