Tak sangka! Rupanya Sultan Johor pemegang saham kedua terbesar 7-Eleven ramai tak tahu

Oleh NADIA HARON

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, kini memegang jawatan sebagai pemegang saham kedua terbesar dalam syarikat serbaneka 7-Eleven Malaysia Holdings Bhd (7-Eleven).

Pemegang saham terbesar syarikat itu ialah Tan Sri Vincent Tan, yang juga merupakan pemilik Berjaya Group.

Sultan Johor kini memiliki 8.44 peratus atau 93.7 juta saham dalam syarikat 7-Eleven.

Tak sangka! Rupanya Sultan Johor pemegang saham kedua terbesar 7-Eleven ramai tak tahu

Tan pula memiliki 41.27 peratus saham 7-Eleven.

Berjaya Group tidak lagi memegang saham besar dalam syarikat ini selepas menjual jutaan saham mereka dalam 7-Eleven baru-baru ini.

Sultan Ibrahim dan Tan merupakan rakan kongsi lama. Bersama-sama, mereka memiliki REDtone International Berhad (51.71 peratus Berjaya Corp, Sultan Johor 17.9 peratus), U Mobile Sdn Bhd (Tan 21 peratus, Sultan Johor 15 peratus).

Pada 1 Ogos, 7-Eleven melantik Ho Meng sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang baru, menggantikan Gary Thomas Brown yang meletak jawatan pada awal Julai.

Ho Meng sebelum ini telah menduduki pelbagai jawatan di 7-Eleven, termasuk sebagai pemangku CEO dan juga pengarah bukan eksekutif.

BACA: “Aku dan suami tak pernah solat, 1 hari sedara nak pinjam telekung, sejadah dan tanya kiblat, sekali ini yang jadi..”