Pertama sekali, minta maaf sekiranga bahasa aku tidak secantik seperti penulis yang lain. Sudah sekian lama, aku tidak mengarang.
Aku juga bukanlah seorang yang puitis dan pandai bermain kata. Aku kesini, sekadar mencari tempat untuk aku meluahkan sedikit bebanan yang aku simpan di dalam hati ini.
Aku tidak tahu, kepada siapa patut aku adukan luahan hati aku ini.
Tambahan pula, aku tidak pandai untuk meluahkan perasaan hati aku kepada orang. Sudah nama pun lelaki, memang aku pilih untuk lebih pendam seorang diri.
Lanjutan kepada cerita aku, sebelum aku bernikah dengan isteri aku, aku sudah nampak layanan setiap orang aku kepada dirinya.
Terkadang aku rasa, dunia ini terlalu zalim buat dirinya. Isteri aku yang bernama, Jannah. Seorang wanita yang sangat i…Read more
11:06 am
Biasanya, orang akan baca artikel atau kisah rumah tangga berkaitan isteri yang ters4kiti dengan perangai suami.
Di sini saya ingin kongsikan luahan hati dan perasaan apabila diskiti dengan sikap dan perangai oleh isteri saya dan kami sedang dalam proses perceraaian di mahkamah yang difailkan oleh si isteri.
Saya berumur 32 tahun dan isteri berumur 29 tahun dan saya merupakan duda tiada anak dan dia adalah janda anak seorang.
Kami berkenalan melalui laman cari jodoh di media sosial pada penghujung tahun 2019 dan saya memulakan langkah untuk mengenali dia selepas sekian lama saya menduda berpisah dengan isteri pertama saya. Kami berkenalan seperti biasa.
Selang beberapa bulan tempoh berkenalan, dia ada post di media sosialnya yang dia sudah ada kek4sih yang menambat hatinya dan saya mengundurkan diri demi menjaga hatinya.
Tidak berapa lama kemudian dia mesej dengan saya yang dia dah putus dengan kek4sihnya dan mengajak saya berjumpa dengannya buat pertama kali.
Sepanjang tempoh kami bercinta, bergduh itu lumrah dan sampai suatu masa saya putuskan hubungan dengannya kerana dia minta tangguh untuk bernikah.
6 bulan kemudian, dia hubungi saya semula untuk kembali menjalinkan hubungan percintaan dan kali ini dia akan lebih serius dalam hubungan.
Saya dengan lembut hati menerimanya semula dan menyusun semula pelan kewangan untuk menikahinya.
Saya turut menyiapkan sebuah rumah beserta kelengkapan asas rumah pemberian ibu saya untuk dijadikan tempat berteduh. Semuanya berjalan dengan baik.
Majlis pertunangan juga berjalan dengan baik dan kami bersetuju untuk ikat pertunangan tak lama, hanya 2 bulan sahaja dengan mas kahwin yang dipersetujui RM5,000 dan seutas gelang emas.
Semua persiapan berjalan dengan baik. Tetapi beberapa minggu sebelum majlis penikahan berlangsung, dia mula menunjukkan perangainya,
Jika saya lambat reply mesej atau sekadar bluetick whatsappnya, dia akan marah dan m4ki saya. Atas rasa sayang, saya mengalah sehingga hari yang dinantikan.
Situasi m4kin kian buruk apabila majlis penikahan akan berlangsung pada hari yang ditetapkan, dia menghantar mesej untuk memutuskan pertunangan dan ingin membatalkan majlis penikahan beberapa jam sebelum akad nikah berlangsung.
Saya menangis dan merayu kepadanya agar jangan buat saya begitu dan meminta campur tangan ayahnya untuk memujuknya. Tapi dia masih berkeras dengan keputusannya.
Saya juga mendapat kekuatan untuk memaksanya pulangkan wang mas kahwin yang telah saya berikan awal sebelum nikah atau saya malukn dia dan keluarganya di depan jiran di kawasan rumahnya.
Atas desakan itu, dia meneruskan pernikahan tersebut kerana tidak mampu untuk membayar semula wang mas kahwin yang saya berikan.
Pada hari kejadian semua berlalu dengan sangat suram. Tiada layanan mesra dari isteri dan hanya layanan biasa sahaja.
Seusai majlis penikahan tamat, dia menghalau saya pulang atas alasan tidak selesa dengan keberadaan saya dirumahnya,
Dan melarang untuk saya beritahu kepada keluarganya yang dia menyuruh saya pulang, sebaliknya menyuruh saya menggunakan alasan yang ibu saya s4kit tiada orang jaga.
Demi menjaga hati semua pihak dan terutamanya hati isteri, saya akur dan saya pulang bukan ke rumah ibu saya, tetapi ke rumah yang telah saya sediakan untuknya dengan hati yang sangat sedih dan kecewa.
Isteri saya juga melarang untuk saya pulang berjumpa dengannya di rumah ibu bapanya atas alasan tidak mahu ada kaitan antara saya dan dia.
Hampir 2 minggu saya merahsiakan hubungan dingin kami daripada adik beradik saya tetapi terkantoi juga bila kakak sulung saya dapat menghidu gerak geri saya.
Saya dan adik beradik saya bertindak datang kerumah ibubapanya dan berbincang jika ada jalan perdamaian namun dia enggan berganjak dari keputusannya untuk mendesak saya melepaskannya.
Pelbagai usaha telah saya ambil untuk mencari jalan perdamaian hubungan ini
Saya menghubungi Talian Keluarga LPPKN tetapi ditolak oleh isteri saya untuk sesi kaunseling dan dia juga turut m4ki dan marah pada saya.
Saya menghubungi pegawai agama di pejabat mufti Selangor untuk meinta pandangan berkaitan masalah ini.
Saya berjumpa dengan alim ulama’ yang berada di kawasan perumahan untuk minta pandangan juga,
Tetapi ustaz tersebut memberitahu bahawa niat isteri untuk berkahwin dengan saya bukanlan untuk mendapat rahmat sakinah mawwaddah wa rahmah, tetapi semata-mata hanya kerana duit saya.
Ustaz tersebut juga menasihatkan saya untuk tidak memberikan nafkah bulanan seperti mana-mana suami lakukan kepada isteri tersayang kerana isteri saya juga tidak mlunaskan nafkahh zahir dan batin terhadap diri saya.
Oleh kerana saya tidak memberikan nafkah bulanan tersebut, si isteri telah memfailkan perceraaian secara fasakh di mahkamah.
Untuk saya menunaikan pemintaannya, saya bertindak untuk menuntut semula hak saya secara tebus talak dengan meminta si isteri memulangkan wang mas kahwin beserta gelang hantaran dan cincin pertunangan.
Mohon kepada semua pembaca doakan agar proses ini dipermudahkan dan berakhir dengan baik.
Mungkin selepas ke s ini selesai, saya tiada niat untuk berkahwin lagi selepas 2 perkahwinan saya musnah.
Saya akan fokus untuk bangunkan syarikat saya dan jika diizinkan Allah, saya ingin mengambil anak angkat untuk menjadi teman saya saat suka dan duka. InshaAllah.
Ini antara reaksi netizen untuk masalah ini.
Deeya. Perkahwinan x salah.cuma awk pilih org yg salah….tgk la dh beberapa kali dia tinggalkan awk.layan acuh x acuh sblm kawin.
tp awk tetap tunggu dia dan terima dia.sblm kawin lg dia dh tunjuk yg dia bukan perempuan setia dan baik.tp awk gagahkan diri bermain dgn api.
Mungkin sbb awk memilih dia sbb kecantikannya….pasni cuba la cr perempuan,kerana terpikat dgn akhlaknya.lemah lembutnya.
Jgn mulakan pkenalan dgn bg duit bg hadiah tunjuk kekayaan. InsyaAllah. Nt dpt la perempuab yg baik
Aisyah. Bila berceraai dengan yg pertama, bagi ruang utk diri sendiri dulu. Jgn terburu2 nak cari pasangan baru. Bila kahwin kali kedua pun berceraai, hal itu akan bg ke san dan tanggapan negatif pada jodoh yg seterusnya. Apapun rehat2 lah dulu. Jgn terburu2 nk cari cinta baru. Tak salah pun single asalkan bahagia Doa selalu moga2 dpt jodoh akan dtg yg baik2.
Hela. Heran betul. Yang single sampai give up menunggu jodoh. Yang dapat jodoh, perangai cam sial pulak.
Apa nak jadi pun taktiau..
Hana.Saya bersimpati dengan confessor. Semoga dipermudahkan segala urusan.
On another note, untung jadi lelaki. Bila ke s macam ni dirujuk kepada ustaz, terus disarankan tak perlu bagi nafkah etc.
sebab si isteri pun tak tunaikan tanggungjawab dia. Tapi kalau perempuan, pergi pejabat agama pun disuruh redha & sabar walaupun bertahun-tahun tak diberi nafkah.
Tapi yang peliknya, pegawai pejabat agama pernah cakap isteri takde nafkah kepada suami. Hanya tanggungjawab atau ihsan.