Selain gemar mengumpul kereta, ini hobi ‘pelik’ YDP Agong ke-17 ramai tak tahu

Oleh KAMARUL HISHAM ABDULLAH

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar memiliki koleksi lebih 200 tongkat pelbagai reka bentuk dan saiz.

Kenyataan di laman Facebook baginda menyebut, Sultan Ibrahim bukan sahaja gemar memasak di waktu lapang,

Tetapi turut mempunyai hobi mengumpul tongkat kayu.

Selain gemar mengumpul kereta, ini hobi ‘pelik’ YDP Agong ke-17 ramai tak tahu
Tongkat-tongkat kayu itu diperbuat daripada kayu cendana, giam, kayu landasan keretapi dan juga papan lantai kayu istana-istana lama.

“Ramai yang bertanya mengapa saya memegang tongkat, sebenarnya mengumpul tongkat kayu adalah hobi saya sejak dahulu lagi.

“Saya mempunyai koleksi lebih 200 tongkat kayu pelbagai rekabentuk dan saiz yang dihasilkan secara tempatan serta mempunyai lambang “SI”.

Selain gemar mengumpul kereta, ini hobi 'pelik' YDP Agong ke-17 ramai tak  tahu

“Pada masa sama, saya juga mempunyai pelbagai koleksi ‘tongkat kuasa’,” titah baginda kepada Royal Press Office di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru.

Sultan Ibrahim bertitah, baginda juga sering meluangkan masa membersihkan tongkat-tongkat berkenaan yang disusun secara kemas serta teratur

BACA:“Abang aku jatuh miskin terus kak ipar curang dengan lelaki lain sampai anak-anak pun dia tak peduli, bila cerai lain yang jadi