Ketika isteri ku sedang tidur di sebelah ku, tiba-tiba aku mendapat notifikasi di Facebook ku yang mana seorang wanita ‘add’ dan aku ‘accept’ wanita berkenaan.
Kemudian aku menghantar mesej di Messenger lalu bertanya, “Adakah kita mengenali antara satu sama lain?”
Si wanita lantas menjawab, “Saya dengar awak sudah berkahwin tetapi saya masih sayangkan awak” katanya.
Wanita tersebut adalah teman wanita ku di masa lalu. Dia kelihatan sangat cantik di dalam gambar profilenya.
‘Ketika isteri aku sedang tidur di sebelahku, tiba-tiba aku mendapat notifikasi di Facebook. Wanita tersebut adalah teman wanita ku di masa lalu..’
Aku menutup Messenger dan berpaling melihat isteri ku, dia sedang tidur dengan nyenyak selepas penat bekerja sebagai seorang suri rumah sepenuh masa.
Ketika memandangnya yang sedang tidur mengiring, jauh di benak aku terfikir bagaimana dia boleh berasa sangat bahagia sehingga dia boleh tidur dengan selesa dan nyenyak sekali di dalam rumah yang tak seberapa baik dan selesa bersama ku.
Jauh dari rumah ibu bapanya, yang mana dia menghabiskan 24 jam dikelilingi oleh ahli keluarganya, dan apabila dia kecewa atau sedih, ibunya ada di sampingnya dan dia boleh menangis di pangkuan ibunya.
Kakak atau abangnya akan bergurau dan membuat dia ketawa bahagia. Begitu juga dengan ayahnya yang akan pulang ke rumah dan membawa semua barang yang dia suka, akan tetapi, dia meletakkan begitu banyak kepercayaan kepada ku untuk menjaganya. Dia korbankan segala-galanya demi aku.
Semua ini terlintas di fikiran ku, jadi aku mengambil telefon dan menekan butang “Block” terhadap wanita yang pernah menjadi teman wanita ku di masa lalu. Aku menoleh ke arah isteri ku, memeluk dan tidur di sebelah isteri ku.
Aku lelaki, bukan kanak-kanak. Aku telah bersumpah untuk setia kepadanya dan aku akan setia pada isteri ku selamanya. Aku akan berjuang selamanya untuk menjadi lelaki yang tidak curang dengan isteri ku dan memecah belah rumah tangga ku yang dibina bersama isteriku.