Muat naik kenyataan sokong Palestin, pemain bola sepak dihukum penjara 8 bulan

Oleh ISMAIL YAHYA

Siapa sangka, seorang pemain bola sepak dijatuhkan hukuman penjara lapan bulan hanya kerana menunjukkan sokongannya terhadap rakyat Palestin.

Tidak cukup dengan itu, pemain asal Algeria yang dikenali ramai sebagai Youcef Atal itu

Beliau turut diarahkan mahkamah untuk membayar denda bernilai lebih dari RM200,000.

Muat naik kenyataan sokong Palestin, pemain bola sepak dihukum penjara 8 bulan

Hukuman dijatuhkan selepas Atal yang mewakili kelab Perancis Ligue 1, Nice didapati bersalah memuat naik kandungan berunsur ‘kebencian’ di akaun Instagram miliknya.

Menerusi hantaran tersebut, Atal berkongsi rakaman ceramah pendakwah Palestin yang dikatakan telah mendoakan agar musibah diturunkan kepada bangsa Yahudi.

Atal kemudian menerima kecaman hebat daripada rakyat Perancis sebelum pemain berusia 27 tahun itu dikenakan hukuman gantung oleh kelab bola sepak diwakilinya.

Meskipun hantaran pada Oktober lalu itu terus dipadam setelah ia tular, mahkamah Nice tetap memutuskan untuk memberikan hukuman berat terhadap atlet berkenaan.

Sehubungan dengan itu, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara lapan bulan kepadanya selain dikehendaki membayar denda sebanyak 45,000 euro (RM228,960).

Pemain kebangsaan Algeria itu mengaku bersalah tidak menonton keseluruhan video berdurasi 35 saat tersebut sebelum membuat perkongsian di laman Instagramnya.

Berulang kali memohon maaf, Atal dengan tegas mengatakan bahawa video tersebut mulanya dikongsi dengan niat untuk menghantar ‘mesej keamanan’, lapor Al Jazeera.

Atal ketika menghadiri perbicaraan di Mahkamah Nice pada 18 Disember lalu

“Perkongsian video ini bermakna anda telah mewakili pihaknya (Palestin) menyebar mesej (kebencian),” kata pendakwa raya Meggi Choutia di mahkamah, Disember lalu.

Walaupun digantung oleh kelab bola sepak Perancis buat sementara waktu, pemain itu bagaimanapun menerima sokongan padu dari rakyat di negara asalnya, Algeria.

Youcef Atal juga sudah terpilih sebagai salah seorang pemain yang bakal mewakili pasukan kebangsaan Algeria dalam Piala Negara-Negara Afrika tidak lama lagi.

Baca juga:Seorang wanita bersama suaminya membeli beg tangan jenama mewah dengan harga RM44500, sekali LHDN kirim salam