Di usia 54 tahun, Raja Ema dah malas fikir soal jodoh ini puncanya

Oleh ISMAIL YAHYA

Pelakon dan penyanyi 80-an yang pernah popular dengan lagu Jejaka Idaman dan Angan-Angan yang juga pemilik nama lengkap,

Raja Ema Raja Ibrahim yang sudah berusia 54 tahun akui dirinya sudah malas berfikir soal jodoh.

Raja Ema yang juga anak kepada Allahyarham Seniwati Yusni Jaafar juga begitu mengunci rapat soal kehidupan peribadinya selepas bergelar ibu tunggal lebih 20 tahun.

Di usia 54 tahun, Raja Ema dah malas fikir soal jodoh ini puncanya

Raja Ema juga menyatakan dirinya tidak pernah mengingati tarikh nikah dan cerai.

“Saya tak pernah kira atau ingat tarikh saya bernikah dan bercerai.

“Saya sudah ‘move on’.

“Sebenarnya saya sudah maIas nak fikir sebab urusan jodoh ini kita tak tahu bagaimana akhirannya.

“Kalau berniaga atau terbabit dalam dunia seni saya tahu apa yang bakal saya capai,” kongsi Raja Ema.

Nikmati Kehidupan Solo Bersama 2 Anak

Ibu kepada dua anak, Putera Ammar, 28, dan Putera Al Kashah, 26 ini juga memberitahu menikmati hidup solo bersama dua putera kesayangannya.

“Saya bukan nak menakutkan sesiapa tetapi bila bab perkahwinan ini kita berurusan dengan manusia.

“Kalau kita berharap perkahwinan yang dibina itu sehingga ke syurga sekali pun, belum tentu kita dapat mencapainya.

“Memanglah kita boleh bebaskan seseorang dengan bercerai bila sudah tiada hati.

“Tapi kalau ditakdirkan bercerai berapa banyak masa sudah dibuang dan dibazirkan.

“Bukankah lebih baik masa itu kita gunakan dengan perkara berfaedah untuk diri sendiri?

“Tiada istilah sunyi dalam hidup saya. Kalau ada pasangan belum tentu saya boleh buat macam-macam benda,” sambungnya.

Raja Ema yang berwajah awet muda walaupun sudah melebihi usia 50 tahun turut menyatakan ramai yang tidak percaya dirinya bahagia walaupun hidup solo.

“Bila saya katakan saya gembira dengan kehidupan solo ramai yang tidak percaya.

“Mungkin mereka fikir bila ada pasangan baru terbit rasa bahagia itu, tapi tidak dinafikan juga ada individu yang solo tapi tak gembira kerana mereka mahukan pasangan hidup.

“Cuma saya sudah tetapkan yang mati nanti pun seorang, jadi saya okey saja begini. Tipulah kalau saya katakan saya tidak takut apabila bersendirian, lebih-lebih lagi baru dijangkiti Covid-19 pada awal tahun ini sehingga tidak dapat teruskan perniagaan.

“Setiap ujian yang dilalui menguatkan saya untuk terus kuat dan berserah kepada takdir Ilahi. Saya tidak meletakkan sebarang harapan tapi biarlah urusan jodoh ini datang pada waktu yang tepat,” akhirinya.

BACA: Makan udang biasa kena bayar sampai RM3,500! Pelanggan terkedu bila tahu berat udang