‘Jangan fitnah’, Chef Wan dedah punca sebab pecat dan potong gaji staf, rupa-rupanya..

Oleh SULAIMAN ABD RAHMAN

Sejak beberapa hari yang lalu, terdapat kontroversi mengenai potongan gaji pekerja restoran De.Wan 1958 by Chef Wan dan pemecatan beberapa pekerja.

Untuk menjelaskan isu tersebut, Chef selebriti Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan menyatakan bahawa

dia tidak campur tangan dalam urusan pengurusan Chef Wan Group of Restaurants (CWGR)

'Jangan fitnah', Chef Wan dedah punca sebab pecat dan potong gaji staf, rupa-rupanya..

Tetapi hanya memberi tumpuan kepada menu dan resipi yang disajikan kepada pelanggan.

Chef Wan menafikan khabar angin tersebut dan menjelaskan bahawa keputusan untuk memberhentikan kakitangan restoran itu dibuat atas beberapa faktor.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh CWGR, Chef Wan menyatakan, “Tanggungjawab saya untuk restoran adalah mengendalikan resipi dan kualiti makanan serta menjadi rakan perniagaan. Saya tidak menguruskan operasi harian termasuk membuat keputusan berkaitan gaji pekerja atau pelepasan staf.”

“Saya diberitahu bahawa maklumat yang beredar tidak benar. Rakan perniagaan memberitahu bahawa pekerja diberhentikan atau gaji dipotong disebabkan kurang kemahiran, ketidakdisiplinan, atau penipuan terhadap syarikat. Kami sedang menjalankan siasatan,” tambahnya.

Chef Wan menulis perkara tersebut di laman Instagramnya bersama dengan kenyataan media CWGR mengenai isu tersebut.

Sebagai seorang tokoh yang dikenali, Chef Wan mengungkapkan bahawa dia berusaha untuk mendapatkan kepastian mengenai kebenaran isu tersebut, memandangkan ia telah mencemarkan nama baiknya.

“Saya cuba memahami kedua-dua pihak (syarikat dan pekerja) agar dapat memahami isu ini dan memastikan nama saya tidak tercemar. Jangan fitnah saya. Hanya kerana tidak bersetuju dengan polisi syarikat, nama saya dikatakan sebagai penipu,” tegas Chef Wan.

Baginya, tidak mungkin dia melakukan perbuatan yang merugikan pekerja tanpa sebab yang munasabah.

“Tengok air muka saya baik-baik, adakah saya jenis manusia yang suka menipu? Nampak sangat tuduhan datang dari hati yang tidak baik,” ujarnya.

Sebelum ini, berita tersebar di media sosial mengenai seorang pekerja restoran tersebut yang mendakwa gajinya dipotong sebanyak RM1,000 tanpa sebab yang munasabah. Chef Wan menjadi sasaran kritikan kerana restoran tersebut menggunakan namanya.

BACA: Pelik dengan perangai suami, semua benda dia mengadu dekat group whatsapp family mertua sampai aku di remove dari group