‘Kombang tokak den’, Penjual samosa terkenal kantoi lenyek kentang pakai kaki je!

Oleh ZULAIKHA ABBAS

Sebuah video viral di media sosial memaparkan seorang pekerja restoran terkenal merosakkan kentang menggunakan kakinya.

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di negeri Madhya Pradesh.

Menurut laporan dari laman berita Ary News, seorang pekerja lelaki terlihat memijak-mijak kentang

'Kombang tokak den', Penjual samosa terkenal kantoi lenyek kentang pakai kaki je!

Tujuan untuk digunakan sebagai bahan dalam membuat pes dan diisi ke dalam kuih samosa.

Pemilik restoran menerima kritikan daripada netizen selepas penyebaran video tersebut

Walau bagaimanapun, beliau enggan memberikan penjelasan mengenai pelanggaran peraturan kesihatan dan kebersihan di premisnya.

Selepas kejadian itu, Jabatan Keselamatan Makanan Negeri Madhya Pradesh membuat lawatan ke restoran tersebut untuk mengumpulkan sampel makanan.

Pihak berkuasa tempatan juga memusnahkan semua barangan yang disediakan oleh restoran yang mengandungi kentang susulan kejadian tersebut.

BACA: Pelik dengan perangai suami, semua benda dia mengadu dekat group whatsapp family mertua sampai aku di remove dari group