Betul ke produk Ali Cafe ada campuran galeyin babi? Ini penjelasan Jakim?

Oleh ISMAIL YAHYA

Walaupun isu ini telah dijelaskan namun masih ramai yang masih tertanya-tanya status halal produk Ali Cafe di media sosial.

Malah sebahagian maklumat yang disebarkan itu, tidak pun disahkan kebenarannya.

Kekeliruan ini ekoran dakwaan wujudnya laporan akhbar yang mengaitkan produk ini dengan gelatin babi.

Betul ke produk Ali Cafe ada campuran galeyin babi? Ini penjelasan Jakim?

Ikuti penjelasan pihak berautoriti agama ini.

Pihak Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ingin menjelaskan dengan lebih terperinci mengenai status halal produk jenama Ali Cafe, yang dikatakan terlibat dengan laporan akhbar bahawa pengeluar produk Kluang Rail Cafe telah dituduh menjual produk yang mengandungi gelatin babi.

Berdasarkan maklumat rasmi daripada Bahagian Hab Halal JAKIM:

Betul ke produk Ali Cafe ada campuran galeyin babi? Ini penjelasan Jakim?

Untuk pengetahuan semua, artikel berita itu diterbitkan pada tahun 2011 dan isu yang dibincangkan telah selesai.

Walau bagaimanapun, kini pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan semula maklumat tersebut.

Sekarang, Kluang Rail Coffee telah mendapat pengiktirafan rasmi sebagai pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia.

Selain itu, produk kopi Ali Cafe yang kami bawa bersama juga sudah disahkan sebagai produk yang halal di Malaysia dan tidak ada kaitan dengan produk Kluang Rail.

Baca:‘Tengah malam, dengar bunyi mencangkul. Garam kasar yang Ani letak, terus larut. Kenapa nak lekat ni, tanggalkan lah. Banyak kali dia ulang’