Absorber atau penyerap hentak ini penting berfungsi membantu mengawal impak
Dan pergerakan spring dan suspensi kenderaan untuk meminimumkan gegaran dan lantunan.
Selain menyumbang kepada pemanduan yang lancar, komponen ini juga memastikan tayar kenderaan kekal
menyentuh permukaan jalan sepanjang masa. Ini memberikan anda respon kawalan dan brek yang baik daripada kenderaan dipandu.
Sekarang kita sudah tahu tentang kepentingan absorber, dan ini penting untuk mengesan dan memerhatikan masalah yang berlaku ke atas komponen berkenaan.
Jika itu berlaku, segera tukar kerana absorber ialah komponen yang dipakejkan dalam satu unit siap dan bebas senggara. Jadi sebarang kerja membaik pulih adalah tidak munasabah.
Menggantikan absorber ialah satu-satunya pilihan yang ada apabila komponen itu menunjukkan tanda-tanda kerosakan atau terlalu haus kerana sudah lama digunakan. Sila ingat 5 simptom di bawah ini yang menunjukkan kegagalan absorber:
KERETA MELANTUN
Apabila absorber rosak, longgar atau tersekat, tayar tidak mampu menyentuh permukaan jalan dengan betul dan menyebabkan pemanduan jadi melantun, dan tidak selesa.
BADAN KENDERAAN TERLALU MERUDUM KE DEPAN KETIKA MEMBREK
Absorber anda bermasalah jika setiap kali membrek menyebabkan bahagian depan kereta menjunam terlalu ke dalam. Lebih teruk, posisi kenderaan berganjak tanpa boleh dikawal dan itu sememangnya petanda yang menunjukkan absorber kereta anda bermasalah.
KERETA BERGANJAK KETIKA MENEMPUH ANGIN LINTANG
Anda sepatutnya tidak perlu membetulkan arah stereng kereta ketika sedang memandu perlahan atau santai. Jika kereta cenderung tidak lurus atau terpesong apabila melalui kawasan angin lintang atau melalui laluan berangin kuat, ketahuilah anda sedang berdepan masalah absorber.
STERENG GEGAR
Jalan tidak rata secara semula jadi menyebabkan roda stereng bergegar, tetapi jika gegaran masih ada walaupun memandu atas permukaan jalan rata, itu antara tanda serius tentang absorber yang rosak. Elakkan memandu laju kerana gegaran itu boleh menyebabkan kenderaan sukar dikawal.
BUNYI DETAR
Absorber diikat pada tempatnya dengan penyendat (bushing) getah. Apabila getah haus, bunyi ketukan atau detaran (rattle) akan terhasil. Ini termasuk bunyi pelik seperti dengung dari tayar yang menunjukkan sentuhan dengan permukaan jalan sudah tidak sekata.
Selamat memandu.
Baca juga