Assalamualaikum semua dan terima kasih admin sudi share cerita saya di sini.
Saya mulakan dengan kejadian suami ada urusan kerja dengan rakan sekerjanya,
(lelaki) di satu tempat tetapi lelaki ini sibuk dan meminta isterinya yang bekerja di department yang berlainan tapi satu company membantu suami aku. Perempuan ni aku namakan sebagai P, (Penyondol).
Apabila mereka berhubung atas dasar perIukan bantuan kerja pada bulan 12 2022, suami aku dan P ini hanya kawan tetapi apabila bulan 5 2023 bermulanya pertanyaan P, “awak dah makan pagi?, kalau belum mari saya temankan” jeng.. jeng..
Suami aku yang lapar pada masa itu, membuka “ruang tersebut” iaitu melayan. Setelah menginjak ke bulan 5, suami aku juga sem4kin berani dan gatal dengan layanan P memulakan ayat “Assalamualaikum Sayang…” berbungalah hati P dan P yang seadanya gedik memberi respon yang amat baik.
Pada Hari Raya Aidiladha, P dengan berani menjemput suami aku datang ke tempat kerjanya untuk menjamu suami aku makan. Aku yang sentiasa percayakan suami dengan ayat suami “abang nak pergi ke jemputan kawan – kawan lelaki sempena raya ni”.
Aku tak pernah curiga sikit pun sebab suami aku memang tak pernah buat sesuatu yang mencurigakan selama ini. Di jamuan tempat kerja P masa hari sambutan Aidiladha tersebut, P dengan berani mengambil gambar suami aku dari dekat, mereka berdua duduk semeja. Korang rasa??..
Untuk apa ya ambil gambar suami orang. Bukannya ambil gambar secara beramai – ramai. Hahaha.. Ya tak akan jadi ramai sebab P bekerja pada hari itu dan ada yang tidak bekerja. Mereka berseronok berdating di department tersebut.
Bermulanya episod P mula memberi bekalan makanan untuk kami sekeluarga, aku tak pernah bersangka buruk sebab aku yakin yang aku takkan dis1hirkan di negeri kelahiran suami aku sendiri. (kadar perceraian paling tinggi di Malaysia)
Tetapi ternyata aku silap sebab P jenis tetap mahu dapatkan apa yang dia nak. Kami sekeluarga akan gatal – gatal satu badan apabila makan makanan yang diberi P, tetapi suami aku akan kemaruk angau. Sengih b0doh macam kerang busuk.
Masuk bulan 7 2023, bermula episod kehangatan cinta mereka memberi hadiah antara 1 sama lain tidak berhenti – henti. Bergambar berdating dalam kereta bertempat di parking tempat kerja P. Tak cukup gambar tangan, sem4kin berani ambil gambar suami aku dari arah belakang siap bervideo lagu untuk dimasukkan dalam tik tok.
Penuh lagu, “aku mencintaimu sampai kapan, sampai kita menutup mata”.. Weiii perghhh.. Jiwang sesangat. Masuk bulan 8 sem4kin berani, makan pagi di kedai – kedai bercermin berdekatan rumah dan tempat kerja P, makan tengahari pula di tempat kerja P, Ayat P ialah “baby ceritakan masalah pada sayang, sayang ceritakan pula masalah pada baby”..
Suami aku dah tak dak malu dan yang bestnya mereka berlakon seolah – olah tak ada apa semasa berjumpa suami P di department tersebut. Macam cerita Korea “the world of married”.. Kesian suami P, sepatutnya dia sedar lebih awal.
Masuk bulan 9 – 10, suami aku dah mula tinggikan suara, makanan dari P tetap diterima terutama rendangnya yang tidak kira hari raya pun dibuatnya. Apabila aku nak makan asyik basi pada masa itu tetapi tetap sedap buat suami aku sehingga aku terp4ksa sorok buangkan sebab basi bukannya sebab dah kantoi.
Allahuakbar aku sangkakan lelaki yang bagi tetapi P yang masakkan. Dia punyalah asyik bagi makanan macam aku ni tak masak pula dah. Masuk bulan 11… 20/11/2023, di mana whatsapp – whatsapp gatal mereka berdua kantoi apabila suami aku s4kit, sebab nak kahwin tapi sayangnya suami aku tergiIa – giIakan isteri orang. Luluh hati aku membacanya dan aku memulakan siasatan.
Hari pertama kantoi, suami aku hanya cakap, “kami hanya kawan, aku emosi berlebihan dan overthinking macam – macam”. Sama juga P apabila aku menghubunginya, “saya tiada niat, kami hanya berjumpa apabila ada urusan penting”.
Lawak lah.. Urusan pentingnya ialah “ambil gambar”.. hahaha. Tetapi P tetap meratap merindu dalam tiktok tidak sepertimana yang dicakapnya kepada aku yang mereka “hanya kawan”. Hari kedua kantoi, mata aku dah bengkak, Allah makbulkan doaku dengan cepat di mana dapat bukti mereka berwhatsapp dan mesengger “Kenapa B?… ” bersayang berbaby.. hari – hari.. fikir logiklah…..
Suami aku menyatakan yang dia hanya “suka – suka” dan macam biasa play v1ctim memarahi aku kerana bercakap kasar dengan P sedangkan aku hanya memberi nasihat dalam nada suara yang tinggi. Lah, kacau rumahtangga orang kot.. Takkanlah aku nak bercakap macam pengacara nona.
Play v1ctim P ni juga boleh tahan sampai suami P menyatakan yang aku salah faham. Diaorang berdua ni dah diberi makan lauk rendang berzaman weii.. Apa P cakap memang percayalah. Hari ketiga kantoi, suami aku tak sangka yang mata aku masih bengkak, tak bercakap macam selalu dan aku termenung jauh.. Sangat jauh.
Hari keempat kantoi, dengan izin Allah terkeluar pengakuan dari suami aku tentang semua pemberian hadiah – hadiah antara mereka (macam budak sekolah nak bagi surat hadiah sepanjang tahun). Suami P menelefon aku dan menyatakan yang suami aku dan P hanya kawan.
Hahahah.. Aku memberitahu suami P… “mari kita semua berjumpa serampang 4 mata dan kita tengok mereka berjoget hendak memberi jawapan setelah 1.. 1… bukti saya tunjukkan nanti”. Terus terdiam suami P dan meminta masa akan hubungi aku kembali.
Selepas seminggu, suami P mendapati yang kami berdua ditipu bulat – bulat apabila suami P berjaya menyamar menjadi suami aku dan kantoikan P. Sehinggakan suami P yang mendapat bukti – bukti dari P sendiri. B0doh juga si P ni. Pandai buat tak pandai simpan.
Sudah berada di penghujung bulan 12, kekantoian mereka hampir sebulan berlalu walaupun aku dapati suami aku tidak menghubungi P tetapi P tetap postkan dalam media social “aku rindu” “kita jadi kenangan” “aku rindu” “sampai bila kita harus begini”.. uweekkk
P pernah menyatakan dia tak boleh melupakan suami aku, akan simpan semua kenangan dan akan tunggu suami aku 1 – 2 tahun lagi untuk mereka berhubung kembali walaupun masih bersuami dan janjinya tetap akan menjaga keluarga.
Perghhh memang perempuan jalang lah P nihhh… Aku tak mahu membuat aduan pada company mereka sebab sudah pasti P akan dipindahkan tempat dan akan menyusahkan ibu, suami dan anak – anaknya. Aku masih boleh fikir tentang kesusahan yang bakal ditanggung oleh orang sekeliling P.
Untuk aku Allah nak aku merintih kembali dalam tahajjud yang dah lama aku tinggalkan. Isteri ni buat macam mana baik sekalipun apabila curang tu pilihan suami, isteri tetap akan nampak buruk. Penyondol tetap penyondol ya.
Memang dah ada dalam d4rah daging mereka walaupun mereka ni bercakap lemah lembut, menghorm4ti orang tua, tunjuk belas kasih sebab hormat sampai boleh buat menantu 10 kali lah kiranya. Semoga menjadi pengajaran buat semua isteri dan suami agar tidak leka dan letak 100% kepercayaan pada pasangan masing – masing. Bukan nak tunjuk yang kita hebat jaga pasangan tetapi H4RAM tetap H4RAM. Terima kasih, – Libra women (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Maryam Asilah : Bagi saya aduan tu kena buat jugak. Kena ajar orang camni. Biarlah orang sekeliling dia susah, dari awak yang susah, bukan? Kenapa sibuk fikir orang lain? Fikir diri kita keluarga kita sudah lah
Izudin Hasan : Kalau makanan bagi orang lain jelas basi tapi suami makan seperti tiada apa, memang kena bawak berubat dah tu. Itu salah 1 tanda – tanda juga.
Muhammad Hafiq : Entah la.. laki kalau dalam otak dia takda hobi.. takda ingat games.. main laptop.. basuh pinggan baju.. jaga anak.. berhibernasi membuta.. maka dia akan ada banyak masa tuk mencari cinta.. simple.