Dah pakai bateri mahal pun rosak juga! Rupanya ini sebab jam dinding cepat rosak

Oleh ISMAIL YAHYA

Pernahkah anda perasan bahawa setiap kali membeli jam dinding baru dan bateri untuknya, kebolehannya tidak bertahan lama?

Pada awalnya, jam mungkin berfungsi dengan baik dan menunjukkan masa yang tepat.

Tetapi, tiba-tiba, mungkin ada hari di mana jam itu tidak bergerak, bergerak terlalu cepat, atau bahkan bergerak terlalu perlahan daripada biasa.

Dah pakai bateri mahal pun rosak juga! Rupanya ini sebab jam dinding cepat rosak

Apabila jam berhenti berfungsi, ramai yang menganggap baterinya sudah habis dan kemudian membeli bateri baru untuk menggantikannya. Tetapi, pernahkah terfikir untuk melihat label bateri tersebut?

Menurut perkongsian di TikTok oleh Mohd Khairul, label bateri mungkin adalah punca utama kenapa jam cepat rosak.

Dalam video tersebut, dia berbual dengan seorang pakar membaiki jam yang menjelaskan mengenai tiga jenis bateri yang berbeza berdasarkan labelnya.

Tiga jenis bateri yang dinyatakan dalam video tersebut adalah bateri alkalin, super heavy duty, dan heavy duty. Setiap jenis bateri sesuai digunakan untuk barang tertentu sahaja.

Bateri alkalin, seperti yang diterangkan dalam video, sesuai digunakan untuk alat jauh dan kamera. Walaupun bateri ini adalah yang paling mahal, namun juga paling kuat. Menggunakan bateri alkalin pada jam dinding boleh menyebabkan jam cepat rosak.

Selanjutnya, bateri super heavy duty sesuai untuk barang elektrik seperti radio, mainan, dan lampu suluh. Seperti bateri alkalin, penggunaan bateri ini pada jam dinding juga boleh menyebabkannya cepat rosak.

Menurut penjelasan dalam video tersebut, bateri yang sepatutnya digunakan untuk jam dinding adalah bateri heavy duty. Dengan menggunakan bateri ini, jam dinding mungkin tidak cepat rosak.

Jadi, penting untuk diingat bahawa setiap jenis bateri hanya sesuai untuk barang tertentu sahaja.

BACA: “Aku nampak isteri naik kereta tu dan tiba-tiba dia call kata balik lambat sebab ada meeting, depan mata aku laki tu turunkan seat yang isteri aku duduk!”