Antara teh o limau dengan teh o halia, dua-dua sedap tapi mana satu lebih berkhasiat?

Oleh SULAIMAN ABD RAHMAN

Antara teh o limau dan teh o halia, yang mana satu menjadi pilihan anda?

Walau bagaimanapun, pilihan tersebut tentunya bergantung kepada individu masing-masing!

Sebenarnya, kedua-duanya sedap dan baik untuk kesihatan anda.

Antara teh o limau dengan teh o halia, dua-dua sedap tapi mana satu lebih berkhasiat?

Namun, mungkin lebih baik kita memilih halia kerana halia mempunyai banyak kebaikan yang belum kita ketahui.

Biasanya, halia digunakan untuk membuat air minuman.

Pernahkah anda mencuba air halia sebelum ini?

Ya, air halia sangat bermanfaat.

Selain itu, halia juga sering digunakan dalam masakan dan ubatan tradisional. Ingin tahu lebih lanjut tentang manfaat halia?

Sila ikuti artikel ini.

Halia ialah sejenis bahan yang biasanya terdapat dalam perubatan tradisional di seluruh dunia.

Bahan ini mengandungi pelbagai bahan kimia semula jadi yang dapat meningkatkan tahap kesihatan anda.

Walaupun masih banyak penyelidikan yang perlu dilakukan untuk lebih memahami dan membuktikan kesan positif tumbuhan ini terhadap kesihatan, terdapat beberapa faedah kesihatan halia yang tidak dapat diabaikan.

1. Mencegah jangkitan dalam badan

Beberapa bahan kimia dalam halia boleh dikatakan dapat membantu badan kita melawan jangkitan.

Halia juga dikatakan berkesan dalam mencegah pertumbuhan bakteria seperti E.coli dan shigella.

Kerana keupayaannya untuk mencegah jangkitan dalam badan, halia juga dapat membantu mencegah penyakit biasa seperti demam, selesema, dan batuk.

Jadi, jika anda mengalami tanda-tanda awal seperti demam, selesema, atau batuk, anda boleh cuba menggunakan halia sebagai “home remedy” atau rawatan di rumah.

Anda boleh mengunyah halia atau merendamnya dalam air panas setelah dicincang, lalu minum dua hingga tiga kali sehari sehingga simptom tersebut berkurangan.

2. Meningkatkan Sistem Pertahanan Badan

Halia dapat membantu memperkuat sistem pertahanan badan.

Dengan mengambil sekecil-kecil hirisan setiap hari, halia dapat membantu mengurangkan risiko penyakit strok dengan membersihkan lemak yang terkumpul dan tersumbat di dalam saluran arteri.

Yang lebih penting, terdapat satu bahan kimia di dalam tumbuhan ini yang dikenali sebagai 6-gingerol.

Ia merupakan sejenis agen yang boleh mencegah dan membunuh sel kanser.

Ia sangat membantu terutamanya dalam rawatan kanser payudara dan juga kanser ovari.

3. Halia dapat memberi manfaat kepada sistem penghadaman.

Satu kebaikan halia adalah berkaitan dengan sistem penghadaman.

Menggunakan tumbuhan ini dapat merangsang pundi hempedu untuk mengeluarkan cecair berwarna coklat kekuningan yang dikenali sebagai ‘bile’.

Bahagian tumbuhan ini dapat membantu dalam merangsang sistem penghadaman manusia.

Tidak hanya itu, halia juga dapat membantu meredakan sembelit, kekejangan, dan kembung perut yang disebabkan oleh gastritis.

Jadi, kita boleh mencuba mengambil halia dalam bentuk teh atau sebagai makanan tambahan untuk membantu sistem penghadaman.

Baca:“Aku jadi tak suka dengan isteri, nak balik kerja pun rasa berat sebab menyampah nak hadap muka isteri, sehinggalah ini yang jadi”