Aktiviti perniagaan yang mencurigakan pada akhir 1990-an, anak bekas Perdana Menteri disiasat SPRM

Oleh SULAIMAN ABD RAHMAN

Seorang anak bekas Perdana Menteri kini sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),

Beliau dikatakan berkaitan dengan aktiviti perniagaannya pada akhir tahun 1990an.

Siasatan itu terfokus kepada syarikat yang dimiliki oleh individu tersebut yang didakwa terlibat dalam pembelian sebuah subsidiari syarikat yang berkaitan dengan kerajaan (GLC).

Aktiviti perniagaan yang mencurigakan pada akhir 1990-an, anak bekas Perdana Menteri disiasat SPRM

Pada hari ini, seperti yang dilaporkan Berita Harian bahawa SPRM telah memanggil individu tersebut untuk mengemukakan pengisytiharan harta miliknya, sama ada di dalam atau di luar negara.

Sumber memberitahu BH bahawa individu tersebut dipanggil semula ke ibu pejabat SPRM untuk mengisi notis pengisytiharan harta.

“Siasatan memerlukannya untuk mengisytiharkan semua harta miliknya secara bertulis, sama ada di dalam atau di luar negara,” kata sumber tersebut.

Pada bulan lepas, SPRM sebelum ini telah memanggil individu tersebut untuk merekodkan perbualan berhubung dakwaan salah laku rasuah dan penyelewengan.

Menurut laporan Berita Harian masih dalam usaha untuk mendapatkan pengesahan rasmi daripada pegawai kanan SPRM berhubung dengan siasatan ini.

Dalam pada itu, sumber berkata siasatan kini terfokus kepada dakwaan bahawa syarikat yang dimiliki oleh individu tersebut telah membeli sebuah subsidiari GLC mengikut dasar penswastaan pada waktu itu.

Namun, menurut sumber tersebut, dalam tempoh tertentu, syarikat tersebut dijual kepada syarikat GLC yang besar dengan keuntungan berjumlah ratusan juta ringgit.

Menurut laporan carian Berita Harian menunjukkan bahawa individu tersebut sebelum ini disenaraikan dalam Offshore Leaks.

Namun, tidak dapat dipastikan sama ada kes SPRM ini berkaitan dengan pendedahan dalam Offshore Leaks tersebut atau tidak.

Offshore Leaks merupakan pendedahan maklumat kebocoran yang melibatkan sekitar 130,000 akaun luar pantai, yang mendedahkan maklumat kewangan peribadi individu dan pegawai kerajaan yang sebelum ini dirahsiakan dari pengetahuan umum.

Pendedahan ini mengungkapkan bagaimana ahli politik, bintang sukan, dan penjenayah terkemuka menggunakan tempat perlindungan cukai luar pantai untuk menyembunyikan kekayaan mereka.

BACA: “Mak mertua depan suami, elok dia sembang senyum dengan saya, belakang suami dia buat muka, dia samakan saya dengan watak jahat drama”