Aku perkenalkan diri sebagai Suhana, berasal daripada selatan. Terpanggil untuk berkongsi pengalaman selepas terbaca artikel Disondol Suami Bos
Cuma aku pula diganggu di kalangan pensyarah. Kisah yang telah lama berlalu tapi masih segar dalam ingatan.
Dari segi luaran, aku seorang yang berkulit cerah (kacukan cina), tinggi dan agak matang.
Tak tergamak nak sebut, tapi memang aku agak cantik dan berwajah keibuan. Namun sepanjang 11 tahun di bangku sekolah. Tak pernah sekali aku bercinta sebab jenis yang tegas, tahu jaga diri dan tak suka berkawan dengan lelaki.
Lagipun ayah zaman dulu, faham jela garangnya macam mana. Kisah ini berlaku kira – kira 15 tahun lalu. Semasa menuntut di tahun 1 pengajian di sebuah universiti tempatan. Tahun yang aku kira agak fragile untuk seorang siswi berdepan dengan konflik s3xual h4rassment.
Minggu pertama semester bermula. Pensyarah akan mula lantik class representative (class rep) untuk mudahkan komunikasi pensyarah – pelajar memandangkan zaman tu tiada wasap group. Kami hanya berhubung melalui fb group dan mesej 1 sen.
Dipendekkan cerita, aku dilantik sebagai class rep, pensyarah bernama Dr Ha (bukan nama sebenar), mempunyai phd dari sebuah negara arab. Umurnya sekitar hujung 40an. Semester berjalan seperti biasa, tiada apa yang pelik.
Sehinggalah satu hari, ketika seorang kawan present di depan kelas, aku ditegur rakan dari belakang untuk duduk tegak (saya duduk agak bongkok) kerana Dr Ha yang pesan (sebab beliau pantau pelajar present dari arah belakang). Saya terk3jut tapi diamkan sahaja.
Selang beberapa minggu, Dr Ha mula mengajak kami sekelas belanja makan. Zaman poket kering, memang seronoklah dibelanja. Dari 20 orang, 10 orang sehinggalah group makan mengecil menjadi 5 orang. Dr Ha kata kesian kat aku, tugas sebagai class rep banyak beban, jadi dia hajat nak belanja makan bawak sorang dua kawan. Aku pun oklah pegi makan je kan. Lagipun ada member lain.
Masuk pertengahan sem, aku mula dapat mesej personal dari Dr Ha. Mengajak makan berdua. Katanya ada benda mustahak nak bincang. Aku konsisten tolak. Bagi alasan puasa. Padahal memang lapar bebenau Ya Allah tuhan je yang tahu.
Laki perempuan keluar makan berdua apa kau rasa? Nak bincang benda baik ke? Sehinggalah agaknya Dr Ha mula hilang sabar, dia bagi amaran kalau aku tak teman makan, dia akan kacau aku dalam kelas. Maka bermulalah episod yang sungguh mengerikan dalam hidup aku.
Ketika di dalam kelas, masa pelajar lain tunduk menyiapkan task, Dr Ha akan buat memek muka manja mengada (t4hi dia lah!) bagi signal memujuk keluar makan. Berder4u d4rah Ya Allah! Aku tak boleh bayangkan kalau ada pelajar yang nampak. Aib sungguh!
Bila aku tunduk muka larikan diri dari pandangan, Dr Ha akan duduk merapati aku sambil berterusan buat memek muka dan keluarkan suara manja. “Ustaz jangan melampau sangat, Ustaz! Kawan – kawan tengok nanti. Malu saya” mesej saya sepatah.
“Ala.. orang nak bermanja dengan dia je. Bukan nak apapun” baIas Dr Ha. Allahuakbar. Boleh dia bahasakan diri ‘orang’! Aku dah mula rasa geram, beng4ng dan nak termunt4h. Tapi dalam masa yang sama tersepit, cuba menghorm4ti dia sebagai pensyarah dan tugas sebagai class rep.
“Okay. Okay. Kalau Saya Keluar Sekali Ni Ustaz Jangan Kacau Saya Lagi” “Boleh – boleh.. Jumpa kat pizza hut habis kelas ni okay?” Aku pun dah mula hilang sabar, tapi aku fikir nak tamatkan semua benda b0doh ni cepat.
Terus mesej kawan Aina untuk follow saya dari belakang. Yelah, takut apa – apa jadi kan. Aina sanggup bawak motor (pinjam kawan laki sekuliah) follow dari belakang. Terima kasih Aina, kaulah sahabat sejati sobss. Masa kat pizza hut, Dr Ha bagi peluang aku order.
Aina duduk jarak 2 meja. Ya Allah aku b4ntai order memang tak ingat dunia. Dalam pada meluat, aku memang lapo. Masa tu pizza hut ada macam set nasi Jepun m, pizza regular air coke 1 jug, eh aku order semua ye. Siap tapau lagi untuk member!
“Apa benda yang mustahak sangat tu?” aku mula bersuara. Sempat tayang cincin pinjam kawan tadi. “Ala nantilah, orang nak tengok muka dia je. Rindu. Nanti kita bincang lepas makan” jawab Dr Ha mengada. Ala baIaa baIaaa orang tua ni. Sah, memang dah kemaruk.
Ikutkan hati memang rasa nak penampo, tapi sebabkan aku lapo nauzubillah innalillah, aku diamkan je. Sampai je makanan, aku makan penuh berselera. Aku pelawa dia makan, dia kata dah kenyang sebab tengok cincin tu, aku pun apelagi, b4ntai makanan dia jugak. Hahaha. Kita ni memang jenis slumber, takde nak malu – malu.
Habis makan, seperti dijangka, Dr Ha mula meluah yang dia jatuh hati dengan aku. Dia nak pinang aku. Selama 1 sem dalam kelas, dia menahan gelora rasa yang giIa katanya. Dia dah mengajar lebih 10 tahun tapi tak pernah diuji perasaan macam tu sekali. Jatuh cinta katanya.
Katanya lagi, isteri sekarang jodoh pilihan orang tua, dia tak berhak memilih. Aiseyman. Aku taktau macam mana kalau isteri Dr ni dengar confession laki dia ni, mesti kecewa kan? Malah Dr siap offer aku sebiji rumah, sekeping tanah, kereta lagi kalau kahwin dengan dia. Wah kauuuu.
Aku cakap aku dah tunang. Kau giIa ape nak kahwin dengan orang tua? Sebaya bapak aku pulak tu.. eeee tak mau aku. Tapi Dr tak percaya aku dah tunang. Dia kata selagi aku tak kahwin dia tau dia ada peluang. Lepas perjumpaan kat pizza hut, Dr Ha masih berterusan ganggu aku.
Dah m4kin berani hantar mesej Iucah. Tapi aku dapat, terus delete. Ada 1 hari tu paling giIa, Dr call ajak pergi hotel, dia kata dah tak tahan sangat tanggung rindu. Dia dah sampai depan kolej nak ambik aku. Aku nangis ketakutan.
Tapi aku tetap diam bertahan sebab minggu final dah bermula.. Aku tak nak jejaskan result pulak. Sebab Dr Ha ugvt, kalau aku kecoh or maIukan dia, dia akan fail kan aku. GiIa kau tak takut? Nangis aku weh. Terkenang – kenang mak ayah susah di kampung.
Nak sangat cerita dengan mak ayah, tapi takut susahkan hati diorang pulak. Sampailah satu hari, dapat result exam, subjek Dr Ha aku dapat A+, masa ni aku pasang strategi macam mana sembur dia. Satu hari orang tua ni call, aku amik peluang.
“Ustaz, dengar sini baik – baik. Dengar pulak luahan hati saya. Saya tahu masa ni kalau nak sebut ingat Tuhan, d0sa pahala memang takkan ingat. Sekurang – kurangnya Ustaz ingat sikit anak bini kat rumah. Kenang sikit jasa dia jaga makan pakai, jaga anak – anak. M4ti hidup balik, aku takkan kahwin dengan kau, b0doh. Dah jangan kacau hidup aku lagi!”
Aku m4tikan telefon, tukar sim terus. Nak cerita siri gangguan s3ksual Dr Ha tu banyak sangat, ini siri yang tertapis, inilah yang mampu aku cerita. Sekian, itu sahaja nak dicerita. – Suhana (Bukan nama sebenar)
Komen w4rganet :
Norafifah Azman : Macam mana awak boleh makan dengan pensyarah gatal tu. Kalau saya, tengok muka pensyarah tu pun dah tak lalu nak makan dah. Btw, confession ni lawak. Puas hati dengan ending tu. Suka cara tt ajar pensyarah gatal tu. Siap panggil b0doh lagi. Puas hati baca. HAHAHA.
Lia Dufresne Lias : Tahniah sis padan muka kena m4ki he deserved it 200%. Dulu ada akak ni satu tempat kerja dengan aku. Dia ustazah anak dia pun belajar course yang lebih kurang lah course agama macam tu kat university islam kat selatan tu.
Anak dia jadi assistant satu lecturer ni ke tutor lebih kurang macam tu. Laki ni sibuk ajak anak dia kawen jadi isteri no.2. Hari – hari dia harass macam lebih kurang cerita ni.
Aku baca ni teringat kat akak tu bersungguh dia cerita dengan aku. Alhamdulillah anak akak tu settled dapat master dan akhirnya dia pun kahwin dengan pilihan hati dia. Lecturer tu tak tau apa jadi.
Rizal Rodzuan : Macam kes saya la kahwin student sendiri, tapi saya masa tu bujang dan Beza umur berapa tahun je. Cuma tu la, tak sangka student yang tanya elok – elok pasaal assignment yang saya berikan, sekarang dah boleh marah – marah kalau saya tak tolong basuh pinggan lepas dia masak.
BACA: Aktiviti perniagaan yang mencurigakan pada akhir 1990-an, anak bekas Perdana Menteri disiasat SPRM