Seorang warga emas di Kampung Sedim dekat sini dengan bangganya menunjukkan pelbagai koleksi duit syiling lama yang ditemuinya kira-kira 40 tahun yang lalu.
Abdullah Sharif, 73, berkata, dia menemukan enam syiling termasuk Dolar Selat satu sen yang dikeluarkan pada tahun 1862 ketika membersihkan rumah ibu bapanya.
“Waktu itu saya tengah membersihkan rumah ibu bapa saya yang terletak tidak jauh dari Sungai Sedim,
Dan tiga hari selepas itu, duit syiling ini muncul bersama satu batang besi. Banyak yang berkata jangan ambil, tetapi saya tetap mengambilnya dan menyimpannya hingga hari ini.
“Duit syiling ini berasal dari India, British, dan Thailand. Yang lainnya saya tidak dapat mengenal pasti kerana sudah kabur,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Menurut Abdullah, dia merahsiakan penemuan tersebut sejak 40 tahun yang lalu, termasuk daripada keluarganya.
“Hari ini saya baru menceritakan pada semua orang. Duit ini saya simpan untuk kenangan sahaja dan akan saya wariskan kepada anak-anak saya juga nanti,” ujarnya.
Tambahnya, dia juga tidak tahu berapa nilai wang syiling tersebut kerana tidak berhasrat untuk menjualnya.
“Tidak mahu menjual rasanya. Saya ingin menyimpannya sebagai kenangan sahaja. Orang meminta saya untuk pergi menilai duit ini, tetapi saya belum melakukannya kerana saya tidak pernah memberitahu sesiapa pun tentang penemuan duit ini.
“Kampung Sedim ini kaya dengan sejarahnya, dan saya percaya duit syiling ini mempunyai kaitan dengan perkara itu,” katanya.
BACA: Patutlah kedai jual motor suka bila pembeli berhutang dari beli cash, lelaki ini dedah sebabnya