Dynas Mokhtar terkejut duit lesap dalam bank, jumpa banyak transaksi mata wang asing

Oleh SULAIMAN ABD RAHMAN

Pelbagai taktik digunakan ‘scammer’ untuk mencuri duit dalam akaun walaupun sudah sehabis baik mengikuti langkah berjaga-jaga semasa berbelanja menggunakan kad bank.

Pelakon, Dynas Mokhtar mengakui terkejut apabila mengetahui semua wang simpanan dalam akaun simpanan peribadinya.

Lebih mengejutkan, Dynas memaklumkan terjumpa beberapa transaksi pelbagai mata wang asing selepas memeriksa penyata banknya.

Dynas Mokhtar terkejut duit lesap dalam bank, jumpa banyak transaksi mata wang asing

“Beberapa hari lalu, lepas balik dari penggambaran, saya nak bayar gaji pembantu peribadi dan saat itulah saya sedar duit saya dalam bank dah tiada.

“Saya ada kad debit tapi tak pernah ada kad kredit. Saya fikir, okaylah kad debit selamat sebab kita tak berhutang.

“Saya periksa penyata saya dan ada transaksi daripada pelbagai mata wang lain,” katanya dalam video dimuat naik di Instagram.

Lantaran isu tersebut, Dynas membuat laporan polis untuk mendapat semula wangnya dan menasihatkan orang ramai agar lebih berhati-hati.

“Saya tak boleh dedah lebih lanjut sebab siasatan sedang berjalan. Saya ada buat laporan polis dan ada ramai orang membantu saya. Doakan saya dapat semula wang saya, insya-Allah,” katanya.

Pada masa sama dia menasihatkan orang ramai agar tidak sewenangnya memasuki pautan yang tidak selamat.

“Saya tidak mahu orang lain mengalami hal ini. Sekarang bukan mengenai klik pautan tertentu, nombor kad debit pun kena sangat berhati-hati.

“Saya rasa jangan letak banyak sangat duit dalam akaun yang ada kad (debit). Letak di tempat lebih selamat.

“Sebab kalau orang klon kad kita, habislah. Ini pasal simpanan, semua (wang) yang kita ada. Kononnya tidak mahu berhutang, nak bayar segala-gala secara tunai, dan sekarang wang lesap,” ujarnya.

Dynas turut meluahkan rasa kesal apatah lagi orang sekarang lebih senang tanpa perlu membawa wang tunai, tapi kini duit di bank juga sudah tidak selamat seperti dulu.

BACA: “Naluri aku betul, bila suami outstation mesti aku tak sedap hati, aku hantar gambar screenshot wasap pada suami, terus suami call banyak kali”