“Suami suka guna kuasa veto dia sebagai suami untuk buat saya diam, walaupun soalan tu hanya perlu pilih sayur A atau B, saya takut buat keputusan”

Oleh AHMAD YUSOF MUSTAPHA

Assalamualaikum semua. Saya kenalkan nama saya Melodi, merupakan seorang isteri dan ibu kepada 2 orang anak yang comel comel.

Tujuan saya menulis adalah untuk meminta pandangan dan pendapat supaya saya dapat selesaikan segala masalah yang sentiasa mengganggu fikiran saya.

Saya tidak tahu untuk mula dari mana supaya pembaca dapat faham situasi saya.

"Suami suka guna kuasa veto dia sebagai suami untuk buat saya diam, walaupun soalan tu hanya perlu pilih sayur A atau B, saya takut buat keputusan"

Jadi saya cuba ringkaskan dan ceritakan point yang penting sahaja. Saya sudah berkahwin selama 6 tahun dan selama berkahwin saya banyak makan hati, banyak kali hati saya terIuka dengan sikap t0xic suami.

Saya tidak bekerja jadi semua urusan rumah dan anak – anak memang saya yang uruskan. Bila suami balik kerja sentiasa bagi alasan penat untuk tolong saya. Saya rasa ramai surirumah mengalami masalah yang sama, umpama isteri d irumah tak penat fizikal dan mental.

Dia bagi alasan dia dah tolong cari rezeki untuk keluarga kecil kami. Saya faham kerja dia memang penat tapi saya juga penat uruskan rumah dan anak-anak seorang diri.

Dia suka marah – marah dengan kasar setiap kali saya buat silap walupun salah saya sekecil kuman.

Dia akan m4ki saya, merungut dia penat cari duit untuk saya dan anak – anak. Dia akan naik tangan dekat saya bila saya meIawan, dan akan m4ki dan h1na saya sampai dia rasa puas. Dia juga pernah ugvt untuk ced3rakan saya dan anak – anak masa berg4duh.

Setiap kali saya buat keputusan untuk sesuatu benda, dia akan persoalkan dan akan terus salahkan saya andai saya buat keputusan yang salah.

Berbeza kalau dia sendiri yang buat keputusan yang salah, hanya akan diam kalau saya persoalkan keputusan dia yang salah tu, saya akan kena marah m4ki balik.

Disebabkan ini, saya jadi orang yang terlalu b0doh untuk bagi jawapan setiap persoalan dia, walaupun soalan itu hanya perlu memilih sayur A atau B. Saya takut buat keputusan, saya hilang keyakinan diri. Saya jadi blurr, maka itupun menjadi sebab menaikkan kemarah dia.

Dia juga tak mampu jadi imam yang baik untuk saya dan anak – anak. Tak pernah nak ajak saya dan anak – anak berjemaah. Puasa banyak tinggal, sentiasa berbohong untuk tunjukkan dia betul. Dia p4ksa saya untuk menipu untuk kepentingan dia.

Bila berg4duh, dia akan ungkit segala – galanya termasuk duit hantaran yang dia bagi. Saya buat business online kecil – kecilan, niat saya nak bantu dia tapi bila saya ada duit, dia akan ambik kesempatan pada saya, dia akan buat saya gunakan semua duit sampai habis, baru guna duit dia.

Saya faham dia juga berjimat dari beli barang – barang kesukaan dia cuma saya tak suka cara dia setiap kali saya ada duit lebih. Dia seoalah – olah rasa insecure bila saya ada duit. Dia pandai bermain kata – kata setiap kali berg4duh sampai saya hilang point saya.

Dia suka gunakan kuasa vet0 dia sebagai suami untuk buat saya diam. Dia pemarah dan suka guna kata – kata kesat.

Sikap negative dia buat saya juga jadi seperti dia, saya akan lepaskan kemarahan saya pada anak – anak setiap kali anak buat salah, saya ingat kemarahan saya tak tinggal kesan pada anak tapi saya silap.

Sebelum saya berkahwin, sikap saya bukanlah jenis yang pemarah, saya sangat sayangkan anak – anak. Kesian mereka. Bila saya baca perkembangan anak boleh terganggu setiap kali ditengking, saya mula perhatikan sikap anak saya.

Anak saya jadi slow learner, jadi pemarah, suka pukuI adik. Dia sentiasa tak yakin dengan diri dia bila kat sekolah. Saya takut anak saya sem4kin jauh hanya kerana kesilapan saya. Kerana perkara – perkara t0xic dia atas dan banyak lagi sebenarnya, saya jadi tawar hati, saya struggle dengan diri saya sendiri untuk bertahan.

Saya selalu berdoa supaya dia curang, jadi saya ada alasan untuk berpisah. Hahaha. Saya sekarang tengah berper4ng dengan perasaan saya dan saya suka berdialog sorang – sorang dalam hati saya, seoalah – olah saya tengah bercakap dengan seseorang untuk menceriakan diri saya.

Saya tak tahu tahap kesihatan mental saya macam mana tapi saya takut suatu hari nanti anak – anak akan jadi m4ngsa amarah saya. Saya tak nak menyesal, mereka tak bermasalah. Saya yang bersalah sebab masih tak mampu nak buat keputusan untuk selamatkan mereka dari terus jadi m4ngsa.

Saya perIukan pendapat, perlu ke saya bertahan lagi untuk anak – anak? Sedangkan dia la punca t0xic dalam keluarga kecil kami. Tapi kalau kami berpisah, macam mana saya nak sara anak – anak saya sebab saya tak ada kerja. Saya tak nak dia jaga anak – anak saya.

Saya tahu, selagi saya jadi isteri dia, saya akan terus berd0sa sebab saya dah tak boleh nak bersabar lagi. Antara syurga dan ner4ka, itulah tajuk luahan saya ini. Tapi dia tak mahu lepaskan saya walaupun saya pernah melutut dekat kaki dia untuk lepas kan saya. Tolong apa perlu saya buat sekarang? – Melodi (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Auni Aziz : Sabar sikit lagi.. kumpul bukti.. rakam time dia m4ki.. Kalau dia pukuI, amik gambar kesan Iebam – Iebam. Kalau boleh pergi hospital lagi bagus. Boleh start kukuhkan bisnes jugak. Duit kalau dapat, sorokkan. Jangan bagi dia tahu. Dia takde hak langsung dengan duit sis. Pastu pergi tuntut fasakh. Moga dipermudahkan.

Faeezah Badarudin : Kalau saya, baik keluar dari rumahtangga macam ni. Tak perlu tunggu curang. Ada banyak cadangan yang baik – baik dalam komen yang lain.

Buat perancangan. Macam ada confession sebelum ni (tak ingat tajuk), dia pun tak bekerja dan tak banyak duit pun. Dalam sabar dia susun rancangan.

Alhamdulillah dapat cerai, dapat jaga anak dan dapat kerja. Duit yang ada pun tak habis guna walau dia belanjakan untuk pergi kerja. Rezeki semua dari Allah bukan dari suami. Didik anak – anak sebaik mungkin. Mereka la harta kita dunia akhir4t.

Jangan kerana sikap puan yang lepas geram pada anak, nanti dah besar anak – anak bersikap macam ayah mereka. Hentikan cycle yang tak sihat ni. Minta kekuatan dari Allah. Semoga berjaya.

BACA: ‘Selama simpan dalam wallet ingat tiada harga’, warga emas terkejut nilai sebenar syiling antik