6 tips yang patut buat lepas beli kereta baru

Oleh ISMAIL YAHYA

Pemilik kereta tentu merasa frustrasi apabila kenderaan yang baru dibeli mengalami kerosakan meskipun masih dalam tempoh awal selepas pembelian.

Dengan plastik pelindung kerusi mungkin belum dicabut, kebanyakan pemilik cenderung untuk menyalahkan kualiti kereta

Daripada melakukan penyelidikan terhadap punca sebenar kerosakan tersebut.

6 tips yang patut buat lepas beli kereta baru

Namun begitu terdapat juga faktor-faktor lain yang menjadi penyumbang kepada kerosakan kereta ini termasuklah tabiat pemilik melibatkan cara pemanduan salah.

1. Isi minyak apabila lampu kuning menyala

Sekiranya pemilik gemar mengisi bahan bakar petrol ketika lampu merah menyala, pam minyak akan menyedut segala kekotoran yang melekat pada dasar tangki.

Kekotoran yang disedut pam minyak ini akan menyebabkan salur minyak tersumbat seterusnya menjadi punca kerosakan dan memendekkan jangka hayat kenderaan.

2. Merehatkan tangan pada gear

perbuatan meletakkan atau merehatkan tangan pada gear dengan sengaja ketika sedang memandu boleh menyebabkan kerosakan kepada kereta.

Hal ini kerana, perbuatan tersebut boleh menambahkan beban pada gearbox kereta lalu menyukarkan proses untuk menukar gear malah boleh tersangkut.

3. Selalu tekan brek

Tabiat ini sangat berbahaya kerana ia mampu membuatkan sistem brek terlampau panas (overheating). Seterusnya, ‘brake pad’ dan ‘brake disc’ akan cepat menipis.

4. Tidak memanaskan enjin kereta

pemilik perlu memanaskan enjin terlebih dahulu selama satu hingga dua minit terutama pada waktu sejuk atau ketika kenderaan jarang digunakan.

Proses pemanasan dijangka bakal membantu mengagihkan minyak ke seluruh enjin. Suhu bersesuaian pada blok dan minyak enjin juga akan ‘diset’ semula secara semula jadi.

5. Anggap bunyi aneh perkara biasa

Segera buat pemeriksaan sekiranya kenderaan anda mula mengeluarkan bunyi pelik. Jangan bertangguh dan ambil remeh mengenainya.

6. Sering bawa muatan berlebihan

Kereta yang memiliki muatan berlebihan akan menyebabkan ia menanggung tekanan berat seterusnya mengganggu aspek pemanduan dan keadaan kenderaan anda.

Tabiat ini juga akan menjadi punca brek gagal berfungsi dengan betul selain menyebabkan penggunaan bahan api yang banyak.

Baca juga : “Mak ayah kejam, diorang buat anak ramai tapi tak nak jaga, kami semua kena paksa masuk asrama, adik aku yang baru 7 tahun tu pun kena heret masuk asrama juga!”