Ini tips buat pes tomyam lazat ‘homemade’ seampai menjilat pinggan

Oleh NADIA HARON

Resepi pes tomyam ini amat praktikal untuk ibu-ibu yang kesibukan bekerja tetapi ingin menyediakan sajian lazat untuk keluarga mereka.

Dengan kehadiran pes ini, anda hanya perlu menambahkan pelbagai jenis lauk seperti seafood, ayam, atau sayur-sayuran mengikut citarasa masing-masing.

Keunikan pes ini tidak terhad hanya untuk memasak hidangan tomyam semata-mata.

Ini tips buat pes tomyam lazat ‘homemade’ seampai menjilat pinggan

Malah, pes ini dapat digunakan untuk menyedapkan nasi goreng tomyam, makaroni tomyam, dan pelbagai jenis masakan lain yang menggunakan pes tomyam.

Ini tips buat pes tomyam lazat ‘homemade’

RESEPI PES TOMYAM HOMEMADE

Bahan-bahan kisar:

– 3 biji bawang besar
– 3 inci belacan
– 12 biji bawang putih
– 15 helai daun limau purut (buang urat tengah untuk elak rasa pahit)
– 12 batang serai dihiris
– 5 inci lengkuas
– Gula kabung

Bahan-bahan lain:

– Cili kisar 4 senduk
– Minyak 1 senduk
– Sos ikan 4 sudu besar
– Asam jawa 3 sudu besar
– Air setengah cawan kecil

Cara-cara:

1. Campurkan semua bahan kisar kecuali gula kabung, kemudian kisar sehingga halus. Jika membuat sedikit, bahagikan setiap bahan kepada tiga bahagian.

2. Tumis cili kisar sehingga pecah minyak.

3. Kemudian, gabungkan semua bahan dan gaul hingga sebati.

4. Masak selama kira-kira 45 minit hingga 1 jam sehingga pecah minyak. Sejukkan sebelum disimpan dalam bekas tertutup.

5. Ketika ingin memasak, hanya perlu menambahkan seafood, ayam, dan sayuran. Pastikan bahan asas tomyam seperti serai, lengkuas, daun ketumbar, perahan limau nipis, dan daun limau purut sentiasa ada.

Baca Juga :“Bila aku sedar, aku tengok mak ayah aku ada, mak aku tengah menangis, ayah aku macam marah-marah, bila ayah nampak aku sedar, dia lempang aku berkali-kali”