Tidur sekarang boleh dapat duit. Ia mungkin kedengaran tidak masuk akal, tetapi itulah hakikatnya
selepas syarikat tilam membuat pengumuman kontroversi baru-baru ini.
Casper, syarikat tilam dari New York, kini sedang mencari pekerja profesional yang sanggup tidur di atas tilam keluaran mereka.
Antara kriteria yang disenaraikan untuk calon yang berjaya termasuklah “keupayaan tidur yang luar biasa”,
“keinginan untuk tidur sebanyak mungkin” dan “keupayaan untuk tidur melalui apa sahaja cara”.
Selain mendapat tilam percuma daripada Casper, semua ‘pekerja tidur’ yang berjaya juga dikehendaki membuat kandungan video untuk aplikasi TikTok.
Namun, perlu diingatkan bahawa pemohon perlu berumur 18 tahun ke atas untuk memohon jawatan ini.
Permohonan kerja ditutup pada 11 Ogos, jadi sesiapa yang berminat perlu cepat bertindak!