Resipi Phad Kra Phao yang paling mudah sedap tak banyak bahan

Oleh ISMAIL YAHYA

Phad Kra Phao adalah makanan popular di Thailand yang menggunakan daging ayam atau daging lembu. B

oleh juga gunakan makanan laut dengan menggoreng beberapa bahan yang diperlukan.

Anda boleh makan bersama nasi dan telur goreng bersama phad kra phao ini dan bersama air kegemaran anda.

Resipi Phad Kra Phao yang paling mudah sedap tak banyak bahan

Tak perlu pergi kedai Thailand kerana anda sendiri mampu untuk masak sahaja di rumah.

Resipi Phad Kra Phao ini dikongsikan oleh Azwa Muhammad dan dikongsikan semula di Facebook Page Masak Apa Tak Jadi Hari Ini Official.

Resipi yang akan dikongsikan ini sesuai untuk dimakan sebanyak 2 orang makan sahaja.

phad kra phao

Bahan-Bahan:

  • Ayam (dicincang halus)
  • Sos ikan (5 sudu besar)
  • Kicap (2 sudu besar)
  • Secukup rasa (1 sudu kecil)
  • Gula (2 sudu besar)
  • Daun selasih
  • Bahan-Bahan Untuk Ditumbuk:
  • Bawang merah (1 labu besar)
  • Bawang putih (4 ulas)
  • Cili api merah (8 ulas)
  • phad kra phao

Cara Penyediaannya:

  1. Panaskan minyak dan masukkan bahan tumbuk.
  2. Kacau hingga agak layu sikit dan masukkan ayam cincang tadi.
  3. Kemudian masukkan kicap, sos ikan tadi, secukup rasa, gula dan daun selasih.
  4. Kacaukan sampai ayam masak sehingga naik bau.

 

Sedapnya makan untuk berbuka nanti, tak sabar nak masak resipi Phad Kra Phao ini dengan nasi putih panas dan telur goreng. Selamat mencuba!

Kredit: Azwa Muhammad

BACA: “Ini kali pertama aku jumpa manusia berani, dia boleh selamba je datang pejabat ayah aku nak pinjam duit, sedangkan baru je dia gadai gelang mak aku”