Salah satu bulan haram dalam Islam adalah bulan Rejab. Ini bermakna terdapat beberapa amalan bulan Rejab anda boleh lakukan kerana ia bulan yang mulia dan dihormati.
Amalan baik dilakukan pada bulan ini akan diberi ganjaran lebih besar berbanding bulan-bulan lain.
Jadi, penulis kongsikan 7 amalan bulan Rejab boleh diamalkan.
1. Banyakkan berzikir & beristighfar
Tasbih ini dibaca setiap hari sebanyak 100 kali, mulai dari awal Rejab hingga 10 Rejab:
سُبْحَانَ الْحَيِّ الْقَيُّوْمِ
Tasbih ini dibaca setiap hari sebanyak 100 kali, mulai dari 11 Rejab hingga 20 Rejab;
سُبْحَانَ اللَّهِ الْأَحَدُ الصَّمَدِ
Tasbih ini dibaca setiap hari sebanyak 100 kali, mulai dari 21 Rejab hingga 30 Rejab:
سُبْحَانَ اللهِ الرَّؤُوْفِ
2. Bersedekah
Perbuatan bersedekah sememangnya disukai oleh Allah SWT kerana ia merupakan perbuatan baik yang mampu memberi mafaat kepada orang lain.
Amalan ini bukan sahaja boleh dilakukan pada bulan Rejab tetapi bila-bila masa sahaja boleh diamalkan.
3. Selawat ke atas Nabi
Perbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW merupakan satu amalan bulan Rejab yang dianjurkan. Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang berselawat kepadaku sekali, Allah akan berselawat kepadanya sepuluh kali.” (HR. Muslim).
Selain itu, Baginda juga bersabda:
“Sesungguhnya hari yang paling utama bagi kamu ialah hari Jumaat, maka perbanyakkanlah berdoa kepadaku padanya, kerana sesungguhnya doa kamu akan diperlihatkan kepadaku.” (HR. Abu Dawud, Ibnu Majah dan An-Nasa’i).
4. Baca al-Quran
Umum mengetahui, membaca al-Quran adalah satu amalan baik untuk dilakukan. Banyakkan membaca ayat suci al-Quran agar hati kekal tenang dan diberi keberkatan oleh Allah SWT.
5. Bertaubat dan berdoa
Bacaan doa ini boleh dibaca sepanjang bulan Rejab:
اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَبٍ وَشَعْبَانَ وَبَلِّّغْنَا رَمَضَانَ
Anda juga digalakkan untuk melakukan solat taubat pada bila-bila masa dan bulan Rejab adalah waktu terbaik untuk memohon keampunan kepada Allah SWT.
6. Puasa sunat
Berpuasa sunat pada bulan Rejab akan diganjari dengan pahala yang lebih banyak serta dosa yang dilakukan pada bulan tersebut dibalas dengan balasan yang lebih besar berbanding bulan-bulan yang lain.
7. Solat sunat
Selain menunaikan solat fardu lima waktu, anda juga digalakkan untuk memperbanyakkan solat sunat.
Jadi, jangan lepaskan peluang untuk melakukan 7 amalan bulan rejab seperti perkongsian di atas.
Semoga bermanfaat!