Selain daripada lori treler, lori tangki minyak adalah di antara kenderaan berat yang kerap dilihat di atas jalan,
Terutamanya apabila melibatkan penghantaran bahan api ke stesen-stesen minyak di seluruh negara.
Banyak yang sering terfikir apakah keadaan di dalam tangki minyak tersebut sebelum diisi dengan minyak, dan adakah ia hanya ruang kosong atau mempunyai reka bentuk tersendiri.
SK ingin berkongsi maklumat menarik berkenaan lori tangki minyak kali ini, walaupun informasi ini berdasarkan ulasan mengenai reka bentuk lori tangki minyak di Amerika Syarikat, dan mungkin tidak sama dengan yang digunakan di negara-negara lain.
Bahan api dalam lori tangki adalah cecair dan cenderung untuk bergerak dengan mudah dalam keadaan yang tidak stabil. Oleh itu, keadaan dalam tangki mungkin akan bergoncang jika bahan api tersebut banyak bergerak, menyebabkan ketidakstabilan lori.
Menurut SafeRack, sesetengah lori tangki minyak di Amerika Syarikat mampu mengangkut sehingga 10,000 gelen minyak pada satu masa.
@video.daily001 #fypシ #learnontiktok #science ♬ Aesthetic – Tollan Kim
Kerana lori tangki ini membawa bahan api yang mudah terbakar, keselamatan dalam reka bentuk tangki menjadi faktor utama. Oleh itu, struktur dalam lori tangki minyak tidaklah kosong. Sebaliknya, terdapat buffle yang diletakkan di dalam tangki dengan fungsi keselamatan tersendiri.
Bahan api juga diketahui mempunyai sifat mengembang dan mengecut bergantung pada suhu persekitaran. Pergerakan lori di atas jalan dapat menyebabkan minyak dalam tangki bergerak-gerak, dan ini boleh mengubah graviti pusat lori.
Oleh itu, lori tangki dibina dengan pusat graviti rendah dan dilengkapi dengan buffle untuk memisahkan minyak kepada beberapa bahagian, mengurangkan impak pergerakan minyak terhadap kestabilan lori.
Buffle ini juga berperanan meningkatkan integriti struktur tangki ketika minyak mengecut atau mengembang akibat perubahan suhu. Tambahan pula, lori tangki minyak dilengkapi dengan sistem keselamatan canggih seperti Sistem Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC).
Fungsi ESC adalah untuk mengesan pergerakan atau ketidakstabilan lori, dan jika diperlukan, sistem ini akan membrek lori untuk memulihkan kawalan.
Dengan itu, lori tangki minyak tidak hanya memastikan keselamatan bahan api yang dibawa, tetapi juga memberi tumpuan kepada keselamatan lalu lintas di jalan raya.
Anda boleh menyaksikan video di bawah untuk memahami lebih lanjut mengenai fungsi struktur dalaman dalam lori tangki minyak.