‘Jujurnya dia’, Lelaki ini jumpa beg berisi RM18000, satu sen pun dia tak ambil!

Oleh AHMAD YUSOF MUSTAPHA

Baru-baru ini, pasaraya Aeon mendapat perhatian ramai melalui satu perkongsian di Linkedin yang menyentuh mengenai kejujuran dan integriti pekerjanya.

Dalam perkongsian tersebut, seorang pekerja pasaraya, Ram Akawal Mandal, telah menemui sebuah beg

Yang mengandungi wang tunai sebanyak RM18,000, matawang asing, dan beberapa dokumen penting lain.

'Jujurnya dia', Lelaki ini jumpa beg berisi RM18000, satu sen pun dia tak ambil!

Tindakan Ram yang jujur, dengan menyerahkan beg tersebut di kaunter khidmat pelanggan sehingga pemilik dapat mengambilnya, telah menggerakkan hati banyak orang.

Pemilik beg juga mengesahkan bahawa semua isinya masih lengkap sebagaimana keadaannya sebelum hilang.

.

Pasaraya Aeon merasa bangga memiliki pekerja yang menunjukkan sikap kejujuran dan amanah seperti Ram.

Perkongsian tersebut turut menarik perhatian orang ramai yang memberi komen, dengan kebanyakan netizen memuji sikap Ram yang tidak tergoda melihat jumlah wang yang besar tersebut.

BACA: “Suami tersalah hantar whatsapp, ayat dari wasap tu rasa macam dia dah kahwin lain, siap ada anak lagi, bila tanya dia ada anak lain ke, baik dia spin”