Bagi mereka yang ingin menikmati ayam kampung, terdapat tip untuk melembutkan ayam pencen yang boleh anda cuba di rumah.
Ayam kampung, ayam tua, atau dikenali sebagai ayam pencen turut mempunyai peminat tersendiri.
Namun, cabaran dalam menikmati ayam pencen ini ialah kerana dagingnya yang amat liat kerana tidak mempunyai lemak.
Untuk mengatasi masalah ini, terdapat satu petua atau tip yang mudah dan berkesan yang boleh anda cuba. Petua ini dikongsi oleh pengguna Facebook, Norizah Othman.
Tip lembutkan ayam pencen
Menambahkan lima biji gula-gula Hacks hitam semasa merebus ayam dapat membantu membuat daging ayam menjadi lembut dalam waktu yang singkat.
Norizah turut menyarankan agar ayam pencen dibersihkan dan direbus hingga air kering, kemudian ikuti kaedah yang telah disebutkan sebelumnya. Dan anda boleh terus masak ayam pencen mengikut kesukaan anda!
Selamat mencuba!