Tak sangka! Yang di-Pertuan Agong ke-17 bayar zakat tahun lepas RM10 juta!

Oleh KAMARUL HISHAM ABDULLAH

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, dengan murah hati membayar zakat sebanyak RM10 juta untuk tahun 2023.

Cek zakat tersebut diserahkan oleh Baginda kepada Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Ismail Abu, dan disaksikan oleh Mufti Johor, Dato’ Yahya Ahmad.

Selain itu, Baginda Tuanku juga memberikan sumbangan peribadi sebanyak RM100,000 kepada Gabungan Persatuan Teksi Berdaftar Johor Bahru (GAPET).

Tak sangka! Yang di-Pertuan Agong ke-17 bayar zakat tahun lepas RM10 juta!

Presiden GAPET, Wahib Mohd Yasin, menerima sumbangan cek dari Baginda Tuanku Sultan pada hari ini (12 April) di Johor Bahru.

Pada tahun 2019, Sultan Johor telah membayar zakat sebanyak RM5 juta dan mewakafkan tanah seluas 1024.487 meter persegi untuk tujuan Wakaf Surau dan Kebajikan Agama Islam, Mukim Jemaluang, Mersing.

Kekayaan yang dimiliki oleh Sultan Johor dan Sultan Selangor berasal dari pelibatan mereka dalam pelbagai aktiviti korporat dan bukan hasil daripada menjadikan diri mereka sebagai beban rakyat, sebagaimana dituduhkan oleh bekas pemimpin negara sejak tahun 1980-an.

Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Ibrahim, mengutip kenyataan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar yang menjelaskan bahawa pelaburan mereka bukanlah hasil daripada monopoli dalam beras, gula, tepung, atau kontrak kerajaan seperti yang dilakukan oleh pihak tertentu sejak tahun 1981.

Tunku Ismail menyatakan bahawa Sultan Johor telah menyumbangkan semua elaun yang diterima daripada kerajaan negeri dan Pusat kepada rakyat sejak zaman pemerintahan Sultan Ibrahim Abu Bakar pada 1899.

Sultan Ibrahim menjelaskan perkara ini melalui kenyataan yang disiarkan oleh Royal Press Office di laman Facebook rasmi baginda.

“Sekarang jelas Sultan Ibrahim Iskandar, Sultan Johor telah memperbetulkan penipuan yang telah diputarbelitkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad sejak 30 tahun dahulu pada awal 1980-an yang mengatakan bahawa 10 Raja-raja Melayu adalah lintah yang menghisap duit rakyat hingga kering.

“Saya tahu bahawa Sultan Johor dan Selangor kaya dengan hakmilik mereka menerusi pelbagai penglibatan dalam aktiviti-aktiviti korporat.

“Dan pelaburan ini bukanlah monopoli beras, monopoli gula, monopoli tepung, AP import, kuota, kontrak kerajaan, konsesi swasta dan banyak lagi sebagaimana yang dilakukan oleh kroni-kroni kepada mereka yang berkuasa sejak Mahathir mengambil alih tugas sebagai Perdana Menteri pada 1981 dan selepas Anwar Ibrahim menyertai UMNO pada 1982,” titah baginda menerusi Facebook malam tadi.

Tunku Ismail menyatakan bahawa walaupun kerajaan membayar gaji kepada 10 Raja-raja Melayu, kesemua wang yang diterima itu dikembalikan kepada rakyat sejak sebelum pembentukan Malaya pada 1948 dan ketika British masih menjajah Kepulauan Melayu.

Baginda menegaskan bahawa amalan ini berterusan ketika zaman Sultan Iskandar Ismail di mana elaun sebagai Yang di-Pertuan Agong yang diterima oleh Almarhum Sultan Iskandar sepanjang berkhidmat dari tahun 1984 hingga 1989 juga disalurkan kepada Yayasan Sultan Iskandar.

“Yayasan Sultan Iskandar bukan hanya membantu mereka yang susah, tetapi juga memberikan bantuan ketika bencana alam dan juga memberikan dana untuk pendidikan.

“Peruntukan untuk yayasan Yayasan Sultan Ibrahim ini adalah hasil derma daripada elaun yang diterima oleh sultan,” titah Tunku Ismail yang juga Tungku Mahkota Johor.

BACA: “Lepas tahu pasal bakal madu, entah kenapa aku macam biasa je, tak marah pun, bukan tak sayang suami, tapi tak salah kalau ada yang tolong jaga dia”