‘Tiang rumah isi oksigen?’, loan rumah sampai 35 tahun tapi pagar isi sampah binaan

Oleh SULAIMAN ABD RAHMAN

Biasanya, apabila seseorang membeli rumah baru, beberapa pemilik akan mengupah pakar untuk melakukan penelitian terhadap kualiti pembinaan rumah.

Biasanya, mereka dapat mengesan kualiti jubin yang dikatakan tidak dipasang dengan betul.

Namun, baru-baru ini, satu kejadian viral di media sosial berkaitan dengan tembok pagar rumah baharu yang telah pecah.

'Tiang rumah isi oksigen?', loan rumah sampai 35 tahun tapi pagar isi sampah binaan

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di salah satu taman perumahan di Kluang, Johor.

Kepada pemaju di seluruh Malaysia, jika ingin mencapai keuntungan lebih banyak, sebaiknya hindari amalan seperti ini. Ini merupakan penindasan terhadap pembeli. Tuan rumah hampir sahaja dihimpit oleh tembok pagar tersebut. Tiang pagar diisi dengan sampah sarap sahaja! Ya, ini berlaku di Kluang, Johor, di Taman Putrimas.

Pemilik hantaran tersebut juga menyuarakan kekecewaannya terhadap keadaan tersebut, yang menyebabkan pagar besi rumah hampir menghimpit tuan rumah.

Apabila diperhatikan, keadaan tembok yang pecah itu menunjukkan lubang dan tidak menyerupai tembok yang biasa kita lihat. Yang lebih mengejutkan, isi dalam tembok tersebut penuh dengan sampah sarap semasa rumah tersebut dibina.

Kepada pemaju di seluruh Malaysia, jika ingin mencapai keuntungan lebih banyak, sebaiknya hindari amalan seperti ini. Ini merupakan penindasan terhadap pembeli.

Pagar hampir menghempap tuan rumah.
Pemilik hantaran tersebut juga melaporkan bahawa keadaan ini hampir menyebabkan pagar besi rumah itu hampir menghimpit tuan rumah.

Dalam ruangan komen, banyak netizen mengkritik pekerjaan yang dianggap lalai yang dilakukan oleh pekerja pembinaan.