5 benda ramai rakyat tak tahu tentang Yang di-Pertuan Agong ke-17, no.5 tu bernilai RM1.2 juta!

Oleh SULAIMAN ABD RAHMAN

Hari ini pada 31 Januari 2024, akan diadakan Majlis Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17.

Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar telah dipilih untuk menggantikan Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang mengakhiri pemerintahannya pada hari ini.

Dalam menyambut pertabalan yang akan datang, mari kita kenali sebahagian latar belakang Sultan Ibrahim melalui fakta-fakta di bawah ini:

5 benda ramai rakyat tak tahu tentang Yang di-Pertuan Agong ke-17, no.5 tu bernilai RM1.2 juta!

1. Ditabalkan sebagai Sultan Johor 5 tahun selepas kematian ayahandanya

Walaupun telah memerintah sebagai Sultan Johor sejak tahun 2010, Hari Kemahkotaan baginda ditangguhkan dan diadakan pada tahun 2015. Dalam satu temubual, Sultan Ibrahim menyatakan bahawa kelewatan ini bukanlah satu perkara baru.

Malah, moyang baginda, Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim, telah ditabalkan pada 29 Julai 1886, iaitu 23 tahun selepas menjadi Sultan Johor era moden pertama. Baginda menambah bahawa sebab pertabalan dilewatkan adalah untuk menunggu penyelesaian pengubahsuaian Istana Besar.

2. Latihan ketenteraan

Sultan Ibrahim, yang dilahirkan pada 22 November, telah mengikuti latihan ketenteraan di Fort Benning, Georgia, USA, serta latihan American Special Forces dan Pathfinder, dengan total 19 terjunan payung.

Selain itu, baginda juga dipilih sebagai komando dan anggota pasukan SEAL. Di Malaysia, Sultan Ibrahim dilantik sebagai timbalan Pegawai Pemerintah Askar Timbalan Setia Negeri dan menjalani latihan juruterbang helikopter bersama Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM)

sehingga dianugerahkan sayap pada 26 April 1982. Baginda juga menyertai latihan tentera laut selama tiga bulan di Pangkalan Tentera Laut DiRaja Malaysia Lumut, menjadikan Tuanku sebagai pegawai tentera darat, laut, dan udara.

3. Mempunyai darah British

Sultan Ibrahim adalah keturunan Melayu-British; ayahandanya, Sultan Mahmud Iskandar, berkahwin dengan Josephine Ruby Trevorrow pada tahun 1956 setelah bertemu di Britain semasa menuntut ilmu. Josephine Ruby Trevorrow kemudiannya mengubah namanya menjadi Enche’ Besar Hajah Khalsom binti Abdullah.

4. Memandu kereta api terakhir keluar dari Stesen Tanjong Pagar

Pada tahun 2011, Sultan Ibrahim memandu komuter terakhir yang keluar dari Stesen Tanjong Pagar sebelum ditutup secara rasmi. Dalam perjalanan itu, baginda membawa 600 penumpang termasuk golongan diraja Johor, bekas pekerja KTM, wartawan, dan rakyat jelata.

Sultan Ibrahim menyatakan hasratnya untuk menyerahkan kereta api terakhir kepada pengerusi KTM sebagai penghormatan kepada moyangnya, Sultan Ibrahim,

yang membuka landasan yang membolehkan kereta api pertama masuk ke Singapura dari Malaysia pada tahun 1923. Baginda belajar tentang diagram kawalan kereta api dan mekanik sebelum memulakan latihan praktikal.

Selain dari kemahiran memandu kereta api, Sultan Ibrahim juga mampu menerbangkan pesawat, helikopter, dan mengendalikan kapal layar sendiri.

Baginda menyatakan, “Beta bukan seorang yang membosankan. Semua perkara adalah cabaran buat beta, dan beta sentiasa akan cari perkara baru yang boleh dibuat setiap hari.”

5. Miliki nombor plat termahal di Malaysia

Selain memiliki pelbagai kereta mewah, Sultan Ibrahim juga beberapa kali menjadi pembida tertinggi untuk nombor-nombor plat kereta istimewa.

Pada September lalu, Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook mengumumkan bahawa Sultan Ibrahim telah memenangi nombor pendaftaran dengan nilai tertinggi yang pernah dibida setakat ini, iaitu ‘FF 1’ dengan nilai RM1.2 juta.

BACA: Rezeki bergolek belakang rumah, buruh binaan jumpa batu bernilai RM450 juta