Salam semua saya nak mintak pendapat semua sebabnya saya tersepit antara mak dan isteri saya. Abah saya meninggaI tahun lepas,
mak saya duduk dengan akak saya yang belum berkahwin di negeri lain, tapi sejak isteri saya bersalin mak saya macam berhasrat untuk tinggal dengan kami, mungkin sebabb cucunya yang baru lahir.
Sebelum ni ada juga mak duduk dalam 2 bulan lebih di rumah kami, tapi isteri saya macam str3ss bila mak saya ada di rumah tu.
Dia selalu menangis dan mengadu pada saya yang dia tak boleh duduk sekali dengan mak. Bila saya tanya kenapa dia jawab dia rasa tak bebas, takde privacy, dia tak boleh buat apa dia nak buat.
Dia tak boleh nak masak apa yang dia nak makan sebabnya mak saya memang suka masak, jadi dia yang akan masak setiap hari bila duduk di rumah kami. Bila isteri saya masak pulak dia jarang akan makan melainkan saya p4ksa untuk makan supaya isteri saya tak terasa.
Bila isteri saya tanya dah makan ke dia akan jawab dah padahal nasi tak luak pun. Isteri saya suri rumah tapi dia ada business sendiri dari rumah, kadang – kadang memang banyak order jadi kerja rumah dia akan buat ikut masa dia free tapi dia memang akan buat kerja rumah tu.
Bila mak yang buat kerja – kerja rumah dia rasa macam mak ambil alih tugas dia dan dia fikir baik dia kerja je dari duduk rumah. Bab anak pulak, mak saya kan orang tua jadi dia macam overprotective sikit dengan cucu dia, isteri saya pulak jenis tak kesah sangat anak nak buat apa asalkan tak bah4yakan diri.
Contoh anak saya baru belajar mengesot jadi dia akan mengesot je la atas lantai / tiles kat rumah tu. Bagi isteri saya biar je la dia merayap pun yang penting kita pantau bagi dia belajar. Lain pulak dengan mak saya, dia jenis overprotective, bila anak saya gerak ke lantai sikit dia dah angkat dan suruh baring duduk diam – diam tengok tv atau main mainan.
Selalunya bila mak takde kat rumah tu, isteri saya masa buat kerja dia akan letak anak saya dekat sebeIah dia supaya dia boleh pantau anak saya sambil selesaikan kerja dia. Tapi bila mak ada kat rumah tu dia tak nak mak saya terasa bila duduk dalam bilik buat kerja tak keluar bilik dengan cucu dia jadi isteri saya akan biar mak saya main dengan cucu dia kat luar dan dia buat kerja kat bilik.
Mak saya tak reti sangat handle budak – budak jadi bila anak saya menangis dia macam tak tau nak buat apa untuk tenangkan cucu dia. Akhirnya dia akan panggil isteri saya cakap cucu dia nak susu, lapar atau nak tidur. Isteri saya rasa str3ss sebab benda tu kadang – kadang menganggu dia buat kerja.
Sebab selalunya bila isteri saya buat kerja sekali dengan anak, anak saya ok je tak meragam. Isteri saya jenis yang sangat pembersih dan pengemas, jadi dia macam str3ss bila kat dapur, peti ais, ruang makan tak teratur atau kotor.
Bila barang – barang lain letak merata – rata dia akan str3ss tapi dia diam je, last – last dia akan menangis sendiri sebab takkan dia nak tegur mertua, takut terasa pulak. Isteri saya ni jenis pendiam, tak banyak cakap jadi bila apa – apa jadi mmg dia akan diam dan pendam.
Kadang – kadang bila saya balik kerja dia akan menangis, mengadu dia tak boleh nak duduk sekali dekat rumah tu. Saya cuba untuk menjaga hati mak dan isteri saya. Tapi setiap kali nak hantar mak semula kat rumah akak selalunya lepas sebulan lebih, mak macam tak nak dan saya tak tahu mcm mana nak cakap kat mak supaya mak tak terasa. Saya tersepit dengan kedua – duanya. Mohon share pendapat semua.
Sambungan.. Salam semua, saya tt yang mintak pendapat haritu berkenaan tersepit antara mak dan isteri saya, ada yang bertanya kenapa mak tak nak duduk dengan akak yang masih belum berkahwin di negeri lain dan memilih untuk tinggal dengansaya.
Mak pernah cakap dia lebih suka tinggal dengan kami sebabnya rumah kami bersih, teratur dan tak serabut. Rumah akak saya pulak agak tak teratur, penuh dengan barang dan tak terurus, mungkin sebab dia busy bekerja, takde masa nak kemas rumah.
Bila dengan kami jugak kami selalu bawak mak keluar jalan – jalan, setiap kali keluar mak akan ikut, mak memang jenis suka berjalan. Jadi mungkin ni antara sebab kenapa mak tak nak duduk dengan akak. Untuk pengetahuan semua, sepanjang abah meninggaI memang saya dan akak bergilir – gilir jaga mak, isteri saya pun dah bersetuju macam ni.
Tapi setiap kali balik ke rumah saya mak macam tak nak balik semula ke rumah akak. Saya pulak tak sampai hati nak suruh mak balik ke rumah akak sebab tak nak mak terasa macam saya menghalau dia. Sedangkan saya cuma nak berlaku adil dengan mak dan isteri saya.
Saya nak bagi ruang juga pada isteri saya untuk mengurus rumah tanpa mak dan demi menjaga em0si dia sebab saya rasa isteri saya betul – betul str3ss bila mak saya ada kat rumah tu lama – lama melebihi 2 bulan macam tu.
Kadang – kadang saya nampak dia menangis sorang – sorang. Ada sekali tu mak saya mengadu pada saya yang dia terdengar isteri saya call mak dia dan mengadu yang dia tak suka mak duduk kat rumah ni lama – lama. Saya tanya pada isteri saya betul ke, isteri saya jawab tak pun dan dia siap tunjuk fon dia cakap dia takde call mak pun.
Saya percaya isteri saya sebab saya memang jarang nampak isteri saya call mak dia, selalunya dia akan Whatsapp je. Isteri saya sedih sebab mak macam buruk sangka dengan dia. Saya tak pasti apa yang mak saya dengar sebenarnya atau mak hanya mereka cerita.
Mungkin ada yang cakap sebab benda remeh je kenapa nak terasa, kenapa tak nak jaga mak sendiri, kesian kat mak. Tapi kadang – kadang benda remeh tu la yang boleh jadi b4rah dalam diri seseorang, lagi – lagi orang yang jenis pendam macam isteri saya.
Saya cuba slowtalk dengan isteri saya, dia cakap dia bukan tak suka mak saya duduk dengan kami tapi sebab mak suka control cucu dia. Semua benda macam kena ikut cakap mak. Contoh, saya sendiri tak benarkan anak saya yang masih kecil kurang umur dari setahun tu tengok tv lama – lama, tak baik untuk mata dia.
Saya dah nasihat mak tentang perkara ni. Tapi bila saya keluar bekerja mak saya buat jugak, bila isteri saya cakap jangan pun mak tetap akan buat. Mak akan jawab dengan macam – macam alasan contoh anak saya kecik lagi la, anak saya bosan la.
Isteri saya pulak bila macam tu dia tak akan menjawab, dia akan diam dan pendam tu je. Banyak lagi la benda lain yang melibatkan anak kami yang bercanggah dari segi pemikiran mak dan isteri. Isteri saya cakap sepatutnya mak jangan masuk campur hal – hal macam tu, biarlah kami sebagai ibubapa yang didik anak kami sendiri.
Mak dah pernah ada anak dan mak dah berpeluang pun didik anak – anak mak. Jadi sekarang bagi la kami untuk didik anak anak kami pulak. Saya cuba untuk menjadi suami dan anak yang baik, saya faham perasaan mak saya yang nak dekat dengan cucu dia. Tapi dalam masa yang sama saya tak nak isteri saya sedih.
Komen W4rganet :
Siti Noormala : Elok bincang baik baik dengan kakak, kakak yang sepatutnya memainkan peranan. Bila tiba giliran dia yang sepatutnya datang ambil mak tuu. Sepatutnya beliau lebih faham konsep kongsi pahala. Bila mak dah menua kadang – kadang susah adik beradik lain nak bekerjasama jadi care giver.
Faham perasaan tu isteri kena banyak sangat bersabar. Anggap sahaja mak tu mungkin tak akan hidup begitu lama. Mak ni bila dah tua kadang – kadang dia nakkan perhatian sebenarnya sebab tu dia akan buat benda – benda pelik.
Isteri sudah membantu, bagiIah isteri masa break for her time off. Rajin tanya balik keje how was her day dan kadang – kadang kita yang jaga ni kena strict juga dengan karenah mak kita. Paling penting dapatkan kerjasama daripada adik bradik, kalau depa tak mampu dari segi kudrat sekurangnya beri kerjasama dan understanding.
Awak sebagai anak lelaki kena spend masa sikit dengan mak. Beri kata semangat pada isteri membela ibu yang sudah berusia ni ladang pahala. Insyallah, Allah akan ganti dengan pelbagai nikmat dan rezeki. Percayalah!
Syara Riri : Bagusnya masih main peranan untuk menjaga hati seorang isteri. Suami lain, jangan kan nak jaga hati isteri, belum apa – apa dah tentu percaya bebulat apa yang mak nya cakap. Kadang – kadang bila duduk sekali satu rumah dengan dua permaisuri bah4ya juga.
Sebaiknya bincang lah dengan kakak untuk dia memahami keadaan. Terus terang macam mana TT sampaikan dalam luahan ni. In Shaa Allah mungkin nanti kakak TT akan faham. Apa yang isteri TT cakap tu betul dan untuk elakkan em0si dia jadi tekanan, berbincang lah secepat mungkin.
BACA: Dari Puteri Perak kini Raja Permaisuri Agong, ini biodata Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofia