“Lepas dia bersalin, kucar-kacir kehidupan aku, rumah macam tongkang pecah. Kalau tidur depan TV, tilam tu kalau aku tak angkat, kat situlah seminggu”

Oleh ISMAIL YAHYA

Assalamualaikum. Bila orang tengok isteri aku ini baik, bertudung labuh seperti ustazah tetapi belum sampai 7 bulan berkahwin, dah beranak. Senang cakap, aku ini hanya menjadi pak sanggup.

Aku tinggalkan dia selama 3 hari untuk beri ruang diri aku berfikir. Tudung besar dia hanya untuk berlakon sahaja.

Demi ibunya, aku terima dia seadanya. Ibunya juga merayu – rayu untuk terima anaknya bagi tutup a1b dan mulut jiran setempat.

"Lepas dia bersalin, kucar-kacir kehidupan aku, rumah macam tongkang pecah. Kalau tidur depan TV, tilam tu kalau aku tak angkat, kat situlah seminggu"

Kata – kata ibu dia buat aku lemah, Tak dapat tolak dan rela jadi pak sanggup. Aku tak nak tahu kisah dia sebelum kahwin. Walaupun bayi tu bukan dari benih aku, tetapi aku anggap macam anak aku sendiri. Aku jaga dan besarkan dia sebab dia tidak bersalah.

Dan aku tak pernah sesekali bertanya pada isteri siapa lelaki tu, dan mengapa pilih aku jadi pak sanggup. Selepas isteri bersalin, kami berpindah. Bermulalah kucar kacir kehidupan aku. Dia surirumah, tetapi rumah macam tongkang pecah.

Kalau tidur depan TV, tilam itu kalau aku tak angkat, memang di situlah selama seminggu. Satu bilik penuh dengan baju yang tak berlipat, dia tak nak memasak. Kuat cemburu. Aku pergi kerja pun dia tak bagi guna perfume dan tak bagi aku ir0n baju.

Maka terp4ksalah pergi keja dengan baju com0t. Tak nak sembahyang. Keluar rumah tak nak tutup aur4t. Apa yang paling buat aku malu ialah bila mana jiran – jiran menegur suruh aku menasihatkan isteri sebab mereka malu tengok. Sudah puas aku berikan nasihat tetapi tak jalan.

Selepas dua tahun, rezeki aku lebih. Sebelum pergi kerja, aku kemas rumah, basuh baju, sidai baju. 100% rumah aku kemas. Makan, hari – hari beli di luar. Settle satu masalah. Hari – hari kami berbaIah sebab sikap cemburunya.

Dia tak izinkan aku pergi ke rumah mak sebab cemburu dengan bekas kekasih aku. Padahal, aku bercakap dengan bekas kekasih pun tidak sebab dia dah kahwin dan menetap di negeri lain. Terp4ksa pergi rumah mak secara diam – diam sebab tak nak berbaIah dengan isteri.

Aku dah slowtalk baik – baik suruh ubah pakaian, tutup aur4t, tak jalan juga. Dah marah pun sama juga. Opss.. sebelum terlupa aku buat bisnes dapat sub kontrak. Bulan tu aku dapat keuntungan lebih Aku bagi isteri RM3,000, suka hatilah dia nak beli apa. Aku tak kisah.

Aku belikan mak aku gelang emas harga RM2,000. Masa nak beri pada mak, isteri ada temankan sekali. Mak bukan main gembira suka tengok hadiah itu. “Kau belikan mak gelang, untuk isteri ada beli sekali tak?” tanya mak.

Belum sempat aku jawab, isteri dah buka mulut. “Isteri dia tak penting, mak lagi penting. Kalau dia dah beli mak gelang, habislah duit. Bila habis duit, saya tak dapatlah beli barang kemas,” katanya menyebabkan wajah mak terus berubah.

Mak letak balik gelang itu di tangan aku dan suruh berikan pada isteri. “Mak dah tua, untuk apa mak pakai emas? Tak ada sesiapa pun nak pandang mak,” kata mak sambil senyum tetapi air mata mak dah bertakung. Tak cukup ke RM3,000 yang aku beri? Gelang RM2,000 saja.

Sedih hati aku bila tengok wajah mak. Rumah pun aku tak kemas lagi. Aku dah mampu upah orang. 4 kali seminggu datang kemas. Selepas setahun berlalu, isteri kant0i ada jantan lain. Isteri beri alasan yang mereka hanya berkawan saja, tidak lebih dari itu.

Kawan dia boleh makan suap – suap tangan. Jantan itu sebenarnya adalah bekas teman lelaki yang membuatkan dia bunting dulu. 4 bulan lepas, kami berg4duh dan dia keluar dari rumah, duduk dengan teman lelaki dia. Anak – anak dia tak nak jaga, semuanya diserahkan kepada aku termasuklah anak aku yang sulung itu.

Kini kami dalam proses berpisah. Aku tak tahu di mana silapnya aku sebagai suami. Semua kemahuan dia aku dah turutkan. Tetapi aku gagal mendidik dia menjadi isteri yang solehah. Ternyata aku ini hanya tempat persinggahan dia sewaktu dia dalam keadaan sesak.

Mungkin dia akan lebih bahagia bersama teman lelakinya yang juga merupakan suami orang. Aku tanya, apa silap aku, kekurangan aku sebagai suami? Duduk rumah cuma jaga anak sahaja. Yang lain semua aku upah orang buatkan.

Duit belanja kereta dia pun aku bagi. Kalau bab batin, seminggu 3 kali aku bagi. Dia nak kebebasan, nak lepak sampai tengah malam dengan kawan – kawan. Dia bosan duduk rumah sebab aku suruh solat, suruh tutup aur4t.

Aku dah buat sehabis baik, aku dah jalankan tanggungjawab sebagai suami. Jika kebebasan yang dia mahukan, daripada aku terus menambah d0sa, lebih baik kami berpisah. Bekas kekasih aku kini berstatus ibu tunggal.

Pemergian suami. Mak suruh aku kahwin dengan dia tetapi aku tolak sebab serik dan tak nak perkara lama berulang. Sekarang aku fikir nak besarkan tiga orang anak aku. Aku jarang online, banyak k0rbankan masa dengan kawan – kawan semata – mata untuk dia.

Balik kerja jam 5 terus duduk di rumah tak keluar. Aku terima ketentuan Allah. Aku bukan nak menga1bkan bekas isteri sebab korang pun tak kenal aku. Aku nak luahkan perasaan, nak legakan hati. Kepada yang nak kata ini cerita rekaan, terpulanglah.

Komen Warganet :

Izni Eizu MdZin : Alhamdulillah sekurang – kurangnya dah tamat perteIagahan antara kalian berdua. Perit memang akan perit, tapi dari terpaIit dengan d0sa orang lain akan buat mental kita lagi penat. Awak pon dah buat sehabis baik. Semoga ada jod0h kedua lagi terbaik atas kebaikan yang telah encik k0rbankan, amin.

Sabrina Joe : Anggap la ini sebagai ganjaran untuk memat4ngkan awak dalam menempuh kehidupan. Biar la dia pergi dengan apa yang dia kejarkan tu. Awak boleh dapat orang yang lebih baik nanti. Biasa la tempoh nak sedih mesti ada kan. Move on.

Selama ni pun apa la sangat sumbangan dia sebagai isteri. Tak payah nak kenang sangat. Fokus pada kebahagian diri dan kerjaya. Waktu sekarang ni ramai orang d3rita tak ada apa makan dik. Baik awak fikir tentang kerja dan masa depan bersama dengan anak – anak.

Noraini Ismail : Banyakkan sabar, jangan merungut kenapa itu kenapa ini.. Apa yg berlaku adalah perancangan Allah SWT.. Ikhlaskan hati terima segalanya, percayalah rencana Allah SWT kita tidak tahu. Ada mungkin Allah nak bagi yang terbaik selepas ni. Yang baik bagi kita belum tentu baik bagi Allah dan yg buruk bagi kita tapi mungkin baik bagi pandangan Allah SWT.. Sesungguhnya Allah SWT yang lebih mengetahui.

Jannah Mohamed : Iman tak boleh diwarisi, apa pun jalanilah hidup yang baik.. Awak layak dapat yang lebih baik. Kalau rasa hati tu dah terbukak balik cariklah calon isteri yang betul – betul boleh terima diri awak dan anak – anak. Anak – anak tu perIukan jugak kasih sayang seorang ibu. Goodluckkk.

Faranadia Norazam : Mulianya hati jadi pak sanggup dan sekarang besarkan anak tu sedangkan mak bapak kandungnya sendiri tak nak amik tahu dah. Semoga terus murah rezeki dan dipermudahkan segala urusan.

BACA: Wajah sama persis dengan arwah abang, pembaca berita TV3 tunaikan hajat wanita ini buat ramai sebak