Minggu lalu, seorang bapa kepada tiga anak, yang dikenali sebagai ‘Hot Daddy’ di media sosial,
Bersama dua rakan wanitanya, telah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada Jumaat, 26 Januari 2024.
Mereka didakwa kerana membuat pengiklanan khidmat persundalan menggunakan aplikasi X.
Mahkamah bagaimanapun membenarkan ketiga-tiga tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 28 Februari depan untuk serahan dokumen.
Dalam perkembangan lain, Hot Daddy dilaporkan kembali membuat siaran langsung menerusi aplikasi TikTok. Ramai TikToker wanita menyambut ‘kepulangannya’. Ada yang menyatakan sokongan secara terbuka dan mendoakan dia tabah dengan dugaan yang dihadapi.
Dunia dah terbalik
Namun hal itu telah mengundang pelbagai reaksi netizen. Seorang netizen, X Imma, bertanya kenapa kebanyakan komen adalah dari wanita.
“Seriuslah weh. Kenapa komen rata-rata perempuan? Aku rasa macam dunia dah terbalik. Dia dikenali sebab berehem-ehem. Takkan benda macam itu korang sanjung? Aku tak boleh nak brain wei” – X Imma.
“Aku nasihatkan para lelaki semua pergi tengok sikit betina-betina getis yang galak sangat dekat live dia tu. Takut-takut terkahwin dengan jalang. Check juga kalau pasangan kau pun ada menyelit” – X King of Saka.
BACA: 9 jenis ‘kenangan’ yang perlu anda lupuskan, elak jadi kemurungan