Dalam artikel ini, seorang wanita telah berkongsi petua uniknya untuk menyimpan tauge supaya tetap segar, mungkin sesuatu yang boleh diambil kira oleh kita semua.
Terdapat petua yang mungkin dapat meningkatkan kualiti tauge dan lebih tahan lama.
Apabila anda masak mi, taugeh selalu menjadi salah satu sayuran yang kita tambahkan.
Ada yang berpendapat bahawa semakin banyak tauge, semakin sedap rasanya.
Namun, satu masalah yang dihadapi apabila membeli tauge ialah meskipun kita hanya membeli sebanyak RM1, kuantitinya sangat banyak.
Namun, hanya menggunakan sedikit, sementara yang lebih disimpan, tetapi sayur ini tidak tahan lama dan akhirnya terbuang!
Sebenarnya, terdapat cara untuk menyimpan tauge agar tahan lama.
Petua ini dikongsi oleh Puan Norhaniza Kamaruddin.
Selalu kalau beli tauge simpan dalam peti ais lebih 2 hari mesti dah jadi hitam hitam kan.
Saya share petua yang saya amalkan.
1. Letakkan tauge dalam bekas yang ada air, pastikan seluruh tauge terendam dalam air.
2. Kemudian, letakkan sekeping asam keping dalam bekas tadi.
3. Simpan dalam peti sejuk, dan hasilnya, tauge akan tetap ranggup lebih lama.
Baca :“Pemergian isteri kedua suamiku membuka satu rahsia besar kepadaku, aku kelu tak terkata, rupanya..”