Tular video bagaimana warga Bangladesh menjawab mereka solat Isyak sampai 17 rakaat.
Memang mengejutkan juga mereka perlu mengerjakan solat waktu Subuh 4 rakaat dan Zuhur 12 rakaat.
Rupa-rupanya itulah ibadat solat mengikut mazhab Hanafi dan umat Islam telah lama diingatkan supaya memahami adab dalam perbezaan pandangan.
Namun, akibat tidak tahu dan tidak mahu ambil tahu ditambah dengan sikap cepat menilai tanpa mengkaji terlebih dahulu, berhamburanlah kata cacian kepada warga Bangladesh berkenaan.
Itulah sebabnya dalam hal berkaitan agama, elok bertenang dan merujuk kepada mereka yang arif terlebih dahulu bukannya terus menabur kutukan dan penghinaan.
Semoga perkongsian Dr Syahr Musafir yang meraih lebih 2,700 tanda ‘suka’ ini memberi iktibar buat masyarakat kita tentang pentingnya belajar dan bertanya bukannya begitu cepat menilai:
Dulu masa zaman belajar saya pergi ke Masjid Al Khalil di Woodville North, Australia Selatan.
Ada beberapa kenalan dari Bangladesh yang selalu singgah solat.
@akhiameer Sapa yang salah sebenarnya? #solat #mazhab #hanafi #syafie #maliki #hanbali #pakistan #bangladesh #india #tiktokguru #fyp #fypシ #fypシ゚viral ♬ original sound – MOHD AMIRUL
Kami tak rapat tetapi pernahlah saya beberapa kali berbual sekadar berkenalan dan bertanya khabar dalam keadaan janggal.
Janggal sebab saya ni jenis tak banyak cakap sebab malu, dan mereka mungkin segan nak bercakap disebabkan limitasi berbahasa Inggeris.
Namun, disebabkan kenal, saya pernah bersolat di tepi mereka.
Salah seorang yang saya kenali itu bernama Abu Bakr Siddiq. Dia memang sebut nama dia Abu Bakrrrr begitu. Bukan Abu Bakar tetapi Abu Bakr.
Suatu ketika waktu Zohor, saya solat sunat 2 rakaat sebelum Zohor. Saya ingatkan mereka solat 2 rakaat juga tetapi rupa-rupanya mereka solat 4 rakaat. Kemudian imam datang, kami solat Zohor 4 rakaat bersama-sama.
Usai solat Zohor, saya buka telefon sebab nak baca al-Quran. Tak bangun solat sunat. Abu Bakr mencuit bahu saya.
“Tak solat selepas Zohorkah?” tanya Abu Bakr.
Saya jawab tak mahu.
Dia meneruskan solat.
Usai dia solat, dia datang menghampiri saya.
“Kenapa saya lihat ramai orang di sini tak solat selepas solat Zuhur?” soalnya kepada saya.
Saya jawab, “Solat yang fardhu itu Zuhur saja, kan? Jadi, biasalah tidak semua orang nak solat sunat selepas solat fardhu.”
Jelas Abu Bakr, “Kami lain. Solat fardhu itu Zuhur 4 rakaat. Solat wajib itu 4 rakaat sebelum Zuhur dan 4 rakaat selepas Zuhur.”
Teruslah saya tanya, “Wajib tu apa? Fardhu tu bukan sama dengan wajib ke?”
Ini jawapan Abu Bakr:
“Apa yang menjadi amalan kami sejak dulu, solat fardhu itu fardhu wajib tetapi wajib itu bukan fardhu.
“Jadi, 4 rakaat sebelum itu wajib tetapi bukan fardhu, 4 rakaat Zuhur itu fardhu, dan 4 rakaat selepas itu wajib tetapi bukan fardhu…”
Pening saya.
“Sunat 4 rakaat atau 2 rakaat tu solat wajib bagi kamu ye?” soal saya mahukan kepastian.
“Betul. Kami mazhab Hanafi,” jawabnya, sambil senyum.
Dari situlah saya tahu, kalau mazhab Hanafi, solat sunat tu wajib tetapi bukan fardhu. Jadi waktu Zuhur, mereka solat 4 + 4 + 4 iaitu 12 rakaat.
Teruslah saya tanya, “Kalau 2 rakat sebelum Subuh dan 2 rakaat fardhu Subuh, jadi kamu solat 4 rakaatlah?”
“Tepat,” jawabnya.
Malu rasa, kita ni solat 2 rakaat pun ada masa culas tetapi mereka kena solat 4 rakaat waktu Subuh.
Bagi Subuh, 2 rakaat sebelum fardhu Subuh dan 2 rakaat fardhu subuh. Jadi, semua 4 rakaat waktu Subuh.
Bagi Zuhur, 4 rakaat sebelum fardhu Zuhur, 4 rakaat fardhu Zuhur dan 4 rakaat selepas fardhu Zuhur menjadikan 12 rakaat.
Asar, saya tak tanya.
Bagi Maghrib, 3 rakaat fardhu Maghrib dan 2 rakaat selepas Maghrib. Jumlah jadi 5 rakaat, ni saya tak tanya tapi tengok je mereka solat macam saja je dengan kita (sebab kita pun solat sunat rawatib baadiah 2 rakaat kan).
Isyak, saya tak tanya.
Selepas video kritikan (sebenarnya sindiran atau hinaan) ini tular, saya baca di komen, rupa-rupanya Isyak lebih banyakkk lagi.
Bagi Isyak, 4 rakaat sebelum fardhu Isyak, 4 rakaat fardhu Isyak, 4 rakaat selepas fardhu Isyak, tambah lagi 2 rakaat solat sunat nafilah selepas fardhu Isyak dan mereka solat sunat witir 3 rakaat, menjadikan waktu Isyak itu 17 rakaat.
Ya Allah. Kita ini nak solat Isyak 4 rakaat pun berat, mereka solat 17 rakaat, banyak tu kalah solat sunat tarawih. Ya Allah bagusnya mereka.
Teringat Abu Bakr yang saya kenali tu, warna kulit, saiz badan dan iras-iras rupa tu seakan sama dengan brother dalam screenshot video yang diviralkan ni.
Dan orang kita yang tak tahu apa ni, mengutuk orang Bangladesh yang jawab Subuh 4 rakaat, Zuhur 12 rakaat dan lain-lain tu.
Video tersebar beratus-ratus views siap dengan ribuan komen mencaci lagi. Ya Allah… 😭
Kena ingat, dalam dunia banyak perkara kita tak tahu.
Janganlah kerana berbeza, kita kutuk terus sedangkan sebenarnya kita tak tahu…
Ya Allah. Ampunkan kami…
BACA: Reaksi geli penguatkuasa ini buat ramai terhibur ‘Melawak bagi cicak ni aku tetak terus’