Assalamualaikum. Hi semua, umur aku baru masuk 30-an dan dah kahwin 10 tahun. Maaf jika ayat ayat berterabur.
Aku dan suami asal pantai timur dan sekarang bekerja dan menetap di KL. Suami aku baik sahaja orangnya,
selalu bertolak ansur dan rajin membantu aku menguruskan rumah dan anak.
Ceritanya macam ni, memandangkan aku dan suami tinggal di KL jadi sekali sekala sahaja kami akan pulang ke kampung halaman kami di pantai timur memandangkan jarak yang agak jauh.
Kalau balik jumaat malam lepas kerja, sabtu subuh – subuh akan sampai di kampung. Ahad petang balik ke KL semula memandangkan isnin kerja.
Bukannya tak nak minta cuti tapi memandangkan AL yang company provide hanyalah 8 hari setahun memang tak cukup jika aku gunakan AL semata – mata untuk balik ke kampung. Jadi AL ni hanyalah digunakan ketika raya aidilfitri, raya haji, bercuti dan em3rgency cases jika anak demam atau apa – apa urusan lain.
Rumah ayah aku dan ayah mertua dalam negeri yang sama tapi berbeza daerah, dalam 30 minit jarak nya. Alhamdulillah keluarga aku boleh dik4takan senang, di sana rumah keluarga aku di ibu negeri tersebut dan berada dekat dengan bandar.
Rumah ayah aku adalah banglo dua tingkat 7 bilik di mana setiap anak akan mempunyai bilik masing – masing. Jadi setiap kali pulang, memang aku akan tidur dalam bilik aku selama ini. Manakala ayah mertua aku pula ialah seorang businessman yang mempunyai pelbagai jenis business di sana dan boleh dik4takan agak kaya.
Tetapi walaupun kaya, mungkin disebabkan ayah mertua aku adalah orang kampung yang tinggal di pedalaman pantai timur jadi bapa mertua aku tidak pernah mengambil berat hal – hal rumah. Jika pembaca – pembaca mengenali orang berasal dari pantai timur mungkin akan mengetahui bahawa orang orang di beIah sana agak pengotor. Aku cakap sebab aku pun dari sana.
Jika dilihat rumah mertua, pasti tidak akan sangka bapa mertua aku adalah seorang yang kaya raya. Pernah semasa sebelum kovit, sales satu branch nya mencecah RM700,000 sebulan. Imagine jika total dengan branch – branch yang lain.
Rumah mertua aku sangat dan teramat kotor, jika pulang ke rumah mertua aku dan anak tiada tempat untuk bermalam. Kadang – kadang kami tidur di ruang tamu. Terp4ksa la aku bertudung 24 jam, ataupun suami akan menghalau adik – adiknya bagi memberi ruang untuk kami tidur.
Apa yang menjadi masalah ialah, rumah mertua adalah rumah kayu beratapkan zink. Atap rumah mertua sangat rendah, dan rumah tersebut tidak mempunyai tingkap. Ini kerana di sepanjang rumah tersebut bapa mertua aku telah extend dan membuat satu mini market di sekeliling rumah.
Jadi rumah mertua umpama penjara yang terkurung dengan mini market, dan tiada tingkap untuk pengud4raan langsung. Pernah aku guna termometer dan check suhu dalam rumah tersebut, suhunya mencecah 55 celcius.
Bayangkan betapa panasnya rumah tersebut yang tiada pengud4raan, berbau hapak, busuk dan sangat – sangat panas. Jika aku ke rumah ibu – ibu saud4ra suami, semua akan complain rumah bapa mertua sangat – sangat panas kerana tiada tingkap.
Jika dulu bapa mertua membuat business telur itik. Itik akan dibela di sekitar halaman rumah. Hampir 1000 ekor itik di halaman rumah, dan bau n4jis – n4jis itik yang teramat busuk. Akhirnya nenek mertua aku menasihati ayah mertua untuk menjual semua itik, baru lah berkurang bau – bau itik di dalam rumah.
Memandangkan aku dan suami hanyalah balik ke kampung dua hari, jadi setiap kali balik aku akan tinggal di rumah family aku dan suami akan pergi ke rumah bapa mertua. Hanya pada waktu malam suami akan pulang ke rumah aku untuk tidur memandangkan di sana tiada bilik untuk kami. Ini yang kami amalkan selama 10 tahun.
Tiada masalah antara kami suami isteri kerana masing – masing rindukan family masing – masing. Aku juga ingin luangkan masa sepenuhnya dengan ayah aku, tambahan lagi ayah aku sudah tidak berapa sihat. Terkilan jika tidak sempat berbakti dan meluangkan masa dengan ayah kerana ibu aku telah meninggaI dunia 9 tahun yang lalu. Hanya ayah satu – satunya yang aku ada selama ini.
Tidak pernah menjadi isu dalam hubungan kami suami isteri bab ini. Yang jadi masalahnya sekarang ialah, minggu lepas aku balik lagi ke kampung selepas 3 bulan. Lama tidak dapat balik kerana terp4ksa bekerja di hari sabtu pada bulan bulan lepas.
Jadi ketika kami pulang, abang – abang aku mengajak kami semua berkumpul makan di restoran beramai – ramai sempena kepulangan kami. Setelah aku upload status dan gambar kami sekeluarga, adik suami aku reply status tersebut dan memerli katanya di pihak suami tiada makan – makan seperti itu. Dan juga memerli aku yang sudah lama tidak pulang ke sana.
Kenapa dijadikan isu, sedangkan aku dan suami saling bertolak ansur dan memahami bahawa kami berdua mempunyai keluarga masing – masing. Kenapa mahu disibukkan hal kami suami isteri sedangkan dia hanyalah orang luar.
Di pihak suami, hanya aku seorang menantu perempuan manakala lagi tiga adalah menantu lelaki, memang tiga – tiga adik beradik perempuan suami sangat rapat antara satu sama lain dan aku hanyalah orang asing yang tiada sesiapa di sana memandangkan hanya suami aku seorang anak lelaki yang sudah berkahwin, yang lain masih lagi bersekolah.
Pada bulan depan, kata suami keluarganya akan datang ke KL menumpang rumah kami kerana sepupu mereka akan berkahwin. Tidak tahu macam mana mahu bertentang mata dengan adik ipar selepas peristiwa diperli ni. Insan tersepit, – Menantu pantai timur (Bukan nama sebenar)
Komen w4rganet :
Nurul Hafizah : Masa diorang datang layan je mereka sebaik mungkin. Contohnya: Bagi makan sedap – sedap sampai kenyang tersandar, sediakan bilik yang wangi dan bersih.
Bagi diorang rasa dihargai. Nanti kalau awak layan diorang baik, mesti diorang malu sendiri dengan perbuatan sebelum ni. Mana tau dengan berkat layanan baik awak kat diorang lepas ni daripada tak rapat dengan ipar hubungan tu jadi m4kin rapat. Semoga dipermudahkan urusan.
Zulaikha Kassim : Mungkin maksud dia nak buat makan – makan family dia jugak kut hahaha. Tapi kes lama tak balik rumah mertua tu, tak elok jugak la. Tak suka macam mane pun at least balik la. Kata balik pun sekali – sekali.
Takkan sehari setahun tidur rumah mertua tak boleh? 10 tahun plak tu arrange macam tu, mungkin dorang pun dah lama mengata kat belakang. Macam suami awak at least dia balik waktu malam rumah mertua.
BACA: Ibu keluarkan RM25,000 simpanan Tabung Haji konon ditahan polis, rupa-rupanya