Potluck bawa air mineral diperlekeh, sekali rupanya

Oleh AHMAD YUSOF MUSTAPHA

Majlis perjumpaan bersama rakan yang mengamalkan konsep ‘potluck’ atau juadah bawaan tidaklah asing.

Dalam konsep ini, setiap tetamu membawa hidangan makanan sendiri untuk dinikmati bersama-sama, tanpa menyediakan hidangan secara kolektif oleh pihak penganjur atau katering.

Namun, melalui perkongsian di laman X, seorang lelaki menyuarakan rasa kecewa dengan acara ‘potluck’

Potluck bawa air mineral diperlekeh, sekali rupanya

kerana terdapat segelintir rakan yang tidak memberikan sumbangan yang sepatutnya.

Perkara ini menjadi perbincangan selepas video yang menunjukkan kumpulan sahabat berkelah di tepi tasik dengan membawa makanan masing-masing untuk ditukar suka sama suka menjadi viral.

Dalam kenyataannya, lelaki tersebut mendedahkan bahawa semasa setiap tetamu berusaha menyediakan hidangan yang lazat, ada sesetengah individu yang bersikap kurang bertanggungjawab.

“Mood saya terus rosak kerana saya berusaha keras untuk menyediakan acara ini, tetapi ada orang yang mengambil ringan. Dalam kes saya, kami semua bersetuju untuk menukarkan hidangan antara satu sama lain.

“Saya dengan penuh semangat mencari hidangan yang terbaik, tetapi pada hari acara, saya hanya menerima air mineral sebagai sumbangan. Ini benar-benar mengecewakan.

“Orang lain membawa kek, ayam goreng, dan lain-lain, tetapi ada yang hanya membawa air mineral. Ini tidak masuk akal. Tanpa mengira seberapa malas pun, fikirkanlah tentang orang lain,” ujar lelaki tersebut.

Mengenai perkara ini, warga maya memberikan pelbagai pandangan dalam ruangan komen.

“Ada yang mungkin hanya mampu memberikan itu sahaja. Potluck ini tidak berlaku setiap hari, tetapi untuk merayakan kawan-kawan. Beli apam balik atau akok mungkin sudah mencukupi.”

“Jika melihat dari perspektif orang itu, mungkin dia sibuk dan tidak berkelapangan untuk masak atau tempah makanan. Paling tidak, dia hadir dan membawa air. Saya faham kekecewaan lelaki itu, tetapi tidak perlu melampiaskan kekecewaan secara berlebihan.

Saya yakin dia membawa sekarton atau sekotak air mineral, bukan hanya satu botol, dan itu seharusnya dianggap sebagai sumbangan. Kita seharusnya bersyukur,” komen seorang warga maya.

Baca Juga : ‘“Keluarga mertua kaya tapi rumah hanya dinding kayu dan beratapkan zink, ramai merungut rumah mertua panas sangat sebab tiada tingkap”