Durian Malaysia jauh lebih sedap dari durian Thai ini namanya

Oleh SULAIMAN ABD RAHMAN

Tara Choi, seorang pempengaruh dan pencipta kandungan dari Korea, baru-baru ini mengakui bahawa durian dari Malaysia lebih sedap berbanding durian dari Thailand.

Pengakuan ini datang setelah beliau membeli durian di Thailand dan merasai isi buah durian jenis ‘Monthong’ sebelum berkongsi pandangannya di platform TikTok.

Menurut Tara Choi, durian dari Thailand memiliki isi yang tawar, kurang bau, dan keras,

Durian Malaysia jauh lebih sedap dari durian Thai ini namanya

walaupun saiznya lebih besar jika dibandingkan dengan durian dari Malaysia. Beliau menyatakan bahawa baunya lebih lemah dan tampak lebih kering.

Tara Choi dakwa durian Malaysia jauh lebih sedap dari durian Thai

Dalam klip video di TikTok, Tara Choi menyatakan, “Orang Malaysia cakap durian Thai tak sedap, jadi saya nak cuba. Tak sedap durian ini, Thai durian ‘so’ lemah. Bau pun kurang, rasa pun kurang, dan warna pun kurang. Saiz sahaja besar, rasa tak ada. Durian Malaysia lagi sedap.”

Selepas perkongsian ini, rata-rata pengguna media sosial memberikan pelbagai komen, termasuk mereka yang berkongsi pendapat mengenai mengapa durian dari Thailand dianggap kurang enak berbanding durian dari Malaysia.

Seorang pengguna, @me5zull, berkata, “Durian Thailand dipetik dari pokok, kalau di Malaysia kita panggil durian mengkal, tak cukup masak.”

Seorang lagi pengguna, @caramel macchiato, turut berkongsi pandangan, “Dulu belakang rumah mak ada pokok durian jenis ini. Memang kena petik tak boleh tunggu gugur, kalau gugur kulitnya lembik, dan isinya hancur macam durian lama.”

Baca Juga :“Suami suruh aku balik kampung, tapi aku patah balik sebab ada barang tertinggal, bila aku masuk rumah rupanya suami bawa masuk perempuan lain”