Tikus adalah sejenis haiwan perosak yang berbahaya dan boleh mendatangkan masalah kesihatan seperti penyakit kencing tikus.
Sifatnya yang suka duduk di tempat kotor seperti kawasan pembuangan sampah, ia telah menyebabkan haiwan ini sangat berbahaya kepada manusia.
Dalam beberapa kes, penyakit yang dibawa oleh tikus pernah menyebabkan kematian kepada manusia.
Oleh itu, sangat penting untuk kita memastikan agar haiwan ini tidak bermaharajalela di dalam kawasan rumah kita.
Menggunakan racun perosak mungkin salah satu langkah pembasmian yang terbaik. Namun ia juga mungkin boleh mendatangkan risiko lain seperti masalah bau bangkai yang busuk di sekeliling kawasan rumah.
Pun begitu, terdapat satu cara atau kaedah mudah yang dikatakan mampu menghalau tikus daripada mendekati rumah kita.
Cara mudah menghalau tikus ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok yang bernama @zuwanshop.
Berdasarkan perkongsian tersebut, anda hanya perlu sediakan tiga bahan utama yang mungkin digunakan secara harian. Tiga bahan tersebut ialah cuka, serbuk lada hitam dan kapas.
@zuwanshop Cara halau tikus dalam rumah Selamat mencuba…. Boleh share #halautikus ♬ bunyi asal – Zuwanshop
Menurut perkongsian tersebut, apa yang anda perlu lakukan adalah dengan masukkan cuka di dalam sebiji mangkuk mengikut kesukaan anda.
Kemudian tambah serbuk lada hitam tadi satu atau dua sudu makan serbuk lada hitam dan gaul sebati dua bahan tersebut.
Langkah terakhir adalah dengan letak kapas dan biar bahan campuran tadi meresap ke dalam kapas.
Sekarang apa yang perlu anda lakukan adalah dengan meletakkan kapas tadi di kawasan-kawasan tumpuan utama tikus berkeliaran.
Perkongsian menarik itu juga telah mengundang komen yang pelbagai daripada pengguna media sosial tersebut.
Malah beberapa pengguna juga sempat mengucapkan terima kasih atas perkongsian ilmu terbaru tersebut.
“Terima kasih tuan share ilmu,” tulis seorang pengguna media sosial.
“Boleh cuba ni. Terima kasih,” tulis seorang lagi warga maya.
“Nanti nak cuba, terima kasih,” tulis seorang pengguna yang mahu mencuba kaedah menghalau tikus tersebut.
Semoga perkongsian pada hari ini akan memberi ilmu yang bermanfaat kepada pembaca.
BACA: Gara-gara jawab panggilan telefon, duit simpanan RM 1juta ahli perniagaan Sarawak lesap