“Masa aku sakit dalam rawatan kimoterapi, aku dapat tahu dia ada hubungan dengan sepupu aku, dia mengaku tidur bersama berkali-kali”

Oleh SHUHADA BUSTAMAN

Assalamualaikum semua. Aku dan suami sudah 10 tahun berumahtangga, kami kahwin semasa berumur 26 tahun.

Aku bekerja sebagai civil engineer dan dia pula seorang technician. Dia seorang yang soft spoken. Aku pula jenis pendiam.

Kami tiada anak, aku pernah keguguran sebanyak 3 kali. Keluarga mertua sangat baik.

"Masa aku sakit dalam rawatan kimoterapi, aku dapat tahu dia ada hubungan dengan sepupu aku, dia mengaku tidur bersama berkali-kali"

Cuma sejak 3 tahun lepas aku disahkan menghidap k4nser. Aku seorang wanita yang pentingkan penampilan diri, mengamalkan gaya hidup sihat, selalu bersenam, kami jarang makan di luar, aku tetap akan masak untuk suami aku walau sibuk mana pun aku.

Kerap berjemaah untuk mengeratkan kasih sayang. Tapi sejak aku jatuh s4kit, aku tak mampu terima s4kit ku, aku banyak berem0si, kerap letih. Sejak hari pertama buat kim0terapi, badan aku m4kin susut, rambut gugur, deria rasa berkurangan, aku d0wn, aku lupa menjaga kebajikan suami aku.

Aku hanya terbaring. Aku belum kuat nak terima ujian ini. Aku minta maaf pada suami aku. Dia kata dia memahami aku, dia mahu aku jadi kuat dan stabilkan em0si. Aku bilang, kalau kita ada anak mesti dia tak kesunyian, dia hanya cakap “abang percaya peraturan Allah tu paling terbaik”.

Suami aku punya masa silam. Aku kenal dia masa dia sudah mula berubah. Bukan hak aku untuk menghukvm atau mengadili dia atas masa silam yang lepas. Tapi.. Masa aku jatuh s4kit tu, mungkin aku tak dapat beri perhatian cukup kepada dia.

Aku dapat tahu dia berhubung dengan sepupu aku. Dia masih layan aku dengan baik. Dia kerap berjumpa wanita itu, mereka bercuti bersama, tidur di hotel mewah bersama – sama. Suami aku bukan seorang yang berduit, rumah, kereta pun atas nama aku, kebanyakkan perbelanjaan aku yang keluarkan duit, tapi dia tak pernah culas bab nafkah.

Gaji dia digunakan untuk membayar bulanan bil, motor, beri duit kepada ibu bapa dan adik – adik yang masih belajar, dan juga nafkah aku, selebihnya dihabiskan untuk topup barang dapur. Jadi sepanjang mereka bersama, wanita itu berbelanja untuk dia.

Tidur di hotel mewah, makan mewah, shopping barang mahal, belikan gadget. Bila aku tanya barang siapa beli, dia jujur bagitahu wanita tu yang belanja. Aku cuma mendiamkan diri. Aku tak reti marah, aku cuma menangis, aku tahu ini semua salah aku.

Kerana tak dapat bagi dia zuriat dalam masa sama aku masih dalam rawatan. Aku tak kuat macam orang lain semasa kim0 masih mampu bekerja dan melancong. Selepas tu dia jujur dia tidur dengan wanita tu. Aku bilang aku sudah lama tahu, tapi aku tak mampu untuk berbuat apa – apa.

Hati aku berbeIah bahagi. Aku lihat dia bahagia dengan wanita tu. Dia meminta maaf dan berjanji takkan ulang lagi. Aku sem4kin pulih dan aku sudah kembali bekerja, sedaya upaya aku berikan perhatian, setiap hari aku masak dan berhias walaupun ada hari badan aku lelah sangat bila balik daripada kim0terapi.

Macam – macam aku buat untuk buat dia tak rasa sunyi. Dia pun m4kin gembira. Ku sangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari, belakang aku dia masih jumpa wanita tu. Setiap hari minggu mereka akan check-in.

Aku jumpa receipt hotel dekat email dia. Aku berhubung dengan wanita itu, dia cakap dia tiada apa – apa dengan suami aku. Dia cakap hanya teman pergi makan dan jalan – jalan je. Kalau lihat, memang wanita tersebut tidak nampak langsung seperti wanita yang akan tergamak mengkhian4ti kaumnya sendiri.

Wanita itu lebih cantik, mukanya ayu dan lembut, kata – katanya manis, pakaiannya menutup aur4t. Mungkin itu yang membuatkan suami aku kalah kepada nafsu. Dia minta maaf dan merayu tidak akan mengulangi.

Malangnya sudah bertahun – tahun begitu. Akhirnya aku kuatkan hati, aku cuba tawarkan hati bila tiap kali dia memujuk, walau hati aku sebenarnya mahukan dia, tapi aku dah taknak tengok dia buat d0sa lagi, aku bilang pergiIah kahwin dengan wanita tu, lepaskan aku.

Dia cakap dia tak sayang dekat wanita tu. Akhirnya selepas abang aku berbincang dengan dia, barulah dia mahu lepaskan aku. Dia menangis sepuasnya. Masa tu aku dah tiada air mata lagi. Aku cakap, lepas ni jangan s4kiti hati wanita tu pula, sayangi dia, hargai dia.

Halalkan kasih sayang dan semua yang kau telah beri kepada aku. Maafkan kekurangan dan kesalahan aku semasa menjadi isteri kau ya. Kau lelaki yang baik, cuma salah pilih jalan. Allah tahu betapa peritnya hidup selepas perpisahan, hidup terasa kosong.

Separuh dari jiwaku pergi. Tapi hati aku puas, aku tahu hanya dengan cara begini akan jadi pengajaran kepada dia dan diri aku. Aku sekarang adalah c4ncer surviv0r, aku sedang menyambung pelajaran di luar negara. Hati belum terbuka lagi untuk menerima sesiapa tapi hidup aku lebih ceria kini. – Wawa (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Puan Zuera : Sedihnya. Suami tiada di sisi saat puan perIukan suami. Pes4kit k4nser perIukan sokongan dan tak boleh str3ss.. Keputvsan yang tepat, suami yang baik takkan berz1na dengan perempuan lain di saat isteri sendiri bert4rung nyawa Iawan peny4kit. Semoga puan terus kuat dan dipermudahkan urusan

Kloe Kloey : Punca penceraian confessor ni bukan ketiadaan anak. Tapi sebab suami yang curang tahap ‘check-in hotel’. Di sisi tuhan hukvmnya curang begitu adalah m4ti. Tapi cukup adillah rasanya kalau suami dan isteri yang curang begini dianggap m4ti saja.

Melepaskan mereka yang begini adalah satu jalan paling bermaru4h buat yang dicurangi. Jangan keliru. Confessor tidak disayangi saat mengalami ujian s4kit tapi disimpan sebagai mesin atm saja. Tak usah fikir perkara yang lepas lagi. Mulakan yang baru.

Radin Arishah : Puan dah buat yang terbaik, dia curang bukan salah puan tapi salah dia sendiri. Orang nak curang , dah ada anak pun dia akan curang. He doesnt deserve you and don’t bIame yourself for what had happened. We pray for your peace, health and happiness and hope time will heal your p4in. Take care sis.

Mashitah Mashie : C4ncer tu bukan dug4an untuk tt seorang tapi dug4an untuk suami dia jugak. Sejauh mana dia boleh bersabar dengan keadaan tt yang s4kit Tapi maIangnya bukan setakat tak mampu melayan tt dan jaga tt sebaik mungkin tapi siap pakej curang lagi dengan sepupu tt sendiri.

Sedihnya rasa, sedangkan tt sanggup terima dia seadanya tapi dia? Kepada tt, semoga Allah permudahkan segala urusan awak, sembuh dari k4nser dan bahagia hingga hujung nyawa. U layak orang yang lebih baik dari dia.

Nurul Asma Mazlan : Jangan salahkan diri sendiri. Puan dah buat yang terbaik dalam rumahtangga. Sepatutnya bila isteri s4kit, suami pula berperanan menjaga kebajikan isteri.

Jenis penting diri. Semoga puan terus success. Tindakan puan sangat tepat. Saya juga doakan puan cemerlang dalam pengajian.

BACA: “Saya rasa saya ni bukan lah isteri tapi “babu” setiap makan minum suami saya hidang kan atas meja atau bawa ke bilik bila suami nak makan”