Khasiat sebenar durian, boleh makan empat hingga enam biji sehari

Oleh KAMARUL HISHAM ABDULLAH

Setiap tahun, rakyat Malaysia sangat mengharapkan kedatangan musim durian.

Namun, tahukah anda bahawa buah durian mengandungi pelbagai nutrien yang baik untuk kesihatan?

Itulah sebabnya sesiapa yang enggan memakannya kerana baunya yang kuat sebenarnya kehilangan peluang untuk menikmati manfaat kesihatan yang luar biasa!

Khasiat sebenar durian, boleh makan empat hingga enam biji sehari

Durian adalah sumber kaya vitamin A, C, E, B1, B2, kalsium, protein, serat, karbohidrat, kalium, dan fosforus.

Semua nutrien ini mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan dan boleh membantu melawan pelbagai penyakit. Antaranya,

Disebalik-pelbagai-mitos,-ini-khasiat-sebenar-durian,-boleh-makan-empat-hingga-enam-biji-sehari 01

1. Mencegah Kanser

Jika kita bertanya kepada pakar, makanan yang mengandungi banyak antioksidan boleh membantu mencegah kanser.

Buah durian adalah salah satu makanan yang mengandungi antioksidan kerana ia mengandungi vitamin, polifenol, dan flavonoid.

Buah ini membantu melindungi tubuh daripada radikal bebas yang boleh merosakkan sel-sel sihat dan seterusnya meningkatkan risiko kanser.

Disebalik-pelbagai-mitos,-ini-khasiat-sebenar-durian,-boleh-makan-empat-hingga-enam-biji-sehari 02

2. Menguatkan tulang dan gigi

Vitamin B1, B2, dan kandungan kalsium yang tinggi dalam buah durian ini dapat meningkatkan kekuatan tulang dan gigi kita.

Jangan khawatir, meskipun bau durian kuat, mulut anda tidak akan berbau selepas makan.

3. Mengawal kesimbangan gula dalam darah

Penyelidikan menunjukkan bahawa indeks glisemik durian adalah yang terendah berbanding buah tempatan lain, iaitu 49.

Kelebihan rasa manis durian boleh membantu mengekalkan kadar gula dalam darah menjadi keadaan normal.

Untuk individu yang menghadapi masalah diabetes, kandungan kalium dalam durian juga memberi manfaat yang signifikan.

Walaubagaimanapun, kita perlu berhati-hati kerana durian juga mempunyai kandungan kalori dan karbohidrat yang tinggi.

Oleh itu, pengambilan durian perlu diawasi dengan cermat.

4. Merawat tekanan

Buah durian mengandungi vitamin B-6 yang dapat membantu dalam pengeluaran serotonin untuk mengawal perasaan dan tekanan emosi kita.

Ini bermakna bahawa durian mempunyai sifat yang boleh membantu mengurangkan tekanan secara semulajadi.

Anda mungkin perasan bahawa reaksi orang selepas makan durian berbeza daripada makan buah lain.

Disebalik-pelbagai-mitos,-ini-khasiat-sebenar-durian,-boleh-makan-empat-hingga-enam-biji-sehari 03

5. Mencerahkan kulit

Wah! Adakah kulit boleh menjadi kuning seperti isi durian? Kandungan vitamin C dalam durian dapat membantu merawat kulit kita.

6. Masalah insomnia

Buah durian mengandungi zat tryptophan yang boleh memberikan perasaan ketenangan kepada minda dan tubuh seseorang.

Oleh itu, apabila kita makan buah durian, ia boleh membantu kita merasa lebih rileks, dan ini boleh membantu mereka yang mengalami kesukaran untuk tidur.

7. Anti penuaan

Kandungan antioksidan dalam durian juga membantu melawan radikal bebas yang boleh menyebabkan penuaan awal.

Ini bermakna bahawa mengamalkan makan durian dapat membantu mengurangkan tanda-tanda penuaan seperti kedutan awal, bintik-bintik penuaan, dan masalah rambut gugur.

Hebat raja buat ni kan?

Walau bagaimanapun, mengikut pyramid makanan Malaysia, kita disarankan untuk mengambil dua hidangan buah setiap hari, oleh itu jumlah durian yang boleh dimakan adalah empat hingga enam biji sehari.

Tetapkan keutamaan untuk kesihatan anda, dan jika anda mempunyai masalah kesihatan, adalah penting untuk mendapatkan nasihat doktor dan tidak melepasi had pemakanan harian.

Baca :Gara-gara jawab panggilan telefon, duit simpanan RM 1juta ahli perniagaan Sarawak lesap