Asal pakaian sukan je tapi dipanggil jersi, kenapa? Ini sebabnya

Oleh ZULQARNAIN ISMAIL

Bagi mereka yang terlibat dalam kumpulan atau aktiviti berpasukan, pakaian seragam menjadi keutamaan.

Selain sebagai identiti pasukan, keseragaman pakaian memudahkan untuk membezakan antara satu pasukan dengan yang lain.

Keseragaman ini amat ketara dalam dunia sukan seperti bola sepak, hoki, badminton, dan banyak lagi.

Asal pakaian sukan je tapi dipanggil jersi, kenapa? Ini sebabnya

Dalam konteks sukan, pakaian seragam ini dikenali sebagai jersi.

Amalan memakai pakaian seragam dalam sukan bermula pada akhir abad ke-19. Sejak itu, atlet dalam sesuatu liga menggunakan jersi sebagai pengenalan pasukan dan platform kreativiti artistik mereka.

Tetapi, mengapa pakaian seragam atlet ini dipanggil jersi dan ada kaitannya dengan nama tempat?

Istilah “jersey” berasal daripada nama sebuah pulau, iaitu Pulau Jersey, yang terletak di bawah pentadbiran British. Penduduk tempatan Pulau Jersey pada masa itu terkenal dengan kemahiran mereka dalam mengait pakaian sejuk berbulu. Pakaian sejuk yang dihasilkan mempunyai tenunan yang rapat dan mampu mengekalkan kehangatan.

Pada mulanya, jersi dipakai sebagai baju lapisan dalam oleh pelaut luar bandar, tetapi kemudiannya menjadi pakaian biasa yang boleh dipakai sepanjang masa, terutamanya pada musim sejuk. Penggunaan jersi kemudiannya meluas ke seluruh United Kingdom dan Eropah Utara, dan kemudian merebak ke Amerika Syarikat.

Pada pertengahan abad ke-19, istilah “jersi” menjadi sinonim dengan “sweater” dan digunakan dalam konteks pakaian sukan, terutamanya dalam sukan seperti American Football. Pakaian yang tebal dan tahan lasak menjadi pilihan yang sesuai untuk sukan yang kasar seperti itu.

Seiring dengan masa, istilah “jersi” menjadi sinonim dengan pakaian seragam dalam sukan dan tidak lagi merujuk kepada baju sejuk seperti pada abad ke-18. Walaupun terdapat inovasi dalam fabrikasi bahan, pakaian seragam sukan masih dirujuk sebagai jersi hingga ke hari ini

BACA: “Nak cakap tak pandai layan suami saya bukan noob, saya tau few position and im a best rider and my energy memang super tapi kenapa suami buat saya macam ni”