Assalamualaikum admin. Terima kasih sebab kalau dapat siarkan luahan saya. Saya Amni berumur 44 tahun. Saya teruskan luahan seperti di bawah ;
Objektif : Macam mana nak berdamai dengan mak sendiri? Selalu tengok orang cakap hargai ibu selagi beliau masih ada.
Ada yang cakap boleh hidup sampai hari ini sebab ada support mak dalam hidup dari kecik sampai dah beranak-pinak.
Tapi aku selalu ada rasa tak redha dengan apa yang mak buat dan cakap pada aku dan aku nak berdamai dengan perasaan ini. Aku nak hubungan aku dan mak rapat macam orang tunjuk di sosiaI media.
Tragedi 1 : Dari kecil lagi aku rasa mak benci aku sebab aku tak pandai dan kulit gelap dalam 5 adik beradik aku. Kalau bercakap, mak banyak mencemuh dari menghargai. Mak kata aku pendek dan gelap, tak boleh pakai baju cantik – cantik sebab memang tak cantik.
Mak cakap, “Eee dahi sempit! Kalau buat sesuatu tak fikir panjang! Anak ke-x ni panas sebab api, cepat marah dan jenis tak boleh ditegur!”. Masatu umur aku baru 5 tahun dan kata – kata mak tu melekat kat otak aku walaupun aku dah masuk 40-an.
Tragedi 2 : Mak selalu jaja cerita pada saud4ra mara yang aku ni pemalas padahal rumah tu aku seorang je yang kemas. Buktinya sekarang, sejak aku kahwin dan jarang balik, rumah mak sangat lah kusam dan kotor. Yelah, tak ada yang sanggup nak menyental.
I am the Cinderella daughter. Kalau aku ada buat silap, habis lah aku dimaIukan walaupun benda tu tak ada kaitan pun dengan orang luar tapi disebabkan mulut mak, semua orang tahu. Bukan sepatutnya mak lindungi anak sendiri ke? Bukannya menjatuhkan maruah anak walaupun anak masih kecil.
Tragedi 3 : Masa aku nak kahwin, mak buat drama. Mak suruh batalkan majlis walaupun majlis sebulan je lagi! Sebabnya, mak rasa tak selesa dengan keluarga suami aku. Kami boleh kata orang senang dan keluarga suami biasa – biasa sahaja.
Mak kata, nanti mereka nak tumpang senang kekayaan kita. Kita kaya mak, kaya dengan hutang. Memang sadis. Tempahan semua sudah buat, deposit pun sudah bayar. Tinggal tunggu majlis sahaja. Duit majlis 50% duit aku, 50% duit suami.
Mak tak sumbangkan satu sen pun. Tapi, menjaja cerita dia banyak belanja untuk majlis aku. Pengakhirannya aku kahwin je dengan suami. Di sini, bermula lah mak rasa kehilangan atau lebih kepada dia dah tak boleh kawal aku.
Tragedi 4 : Sejak kahwin, mak p4ksa aku pindah balik ke kampung walaupun sebelum ini tak pernah kesah aku balik atau tidak. Pelik bukan? Mak siasat semua kewangan aku dan suami. Aku yang dulu akan bagitahu mak semua benda tapi selepas keluar dari rumah mak, aku boleh bezakan apa yang boleh kongsi dan sebaliknya.
Mak jelas tak puas hati dan mula hasut adik beradik aku dengan berita tidak senang didengari tapi alhamdulillah adik beradik aku faham situasi sebenar. Mereka juga anak mak, tak ada upaya nak Iawan atau betulkan mak. Cukuplah menjadi pendengar yang setia sahaja.
Dengan semua perkara yang berlaku dan banyak lagi yang tidak diceritakan di sini, aku mula jadi ‘ignorant’. ‘Ignorance is a bliss’ untuk menjaga hati sendiri dan masih hormat pada mak.
Closure 1 : Bagi aku, mak besarkan aku secara ‘tough love’ dan menyebabkan aku jadi ‘hyper independent’ dan kesannya aku tak rasa aku perIukan sesiapa dalam hidup sampailah aku jumpa suami aku. Waktu aku habis belajar, aku merantau cari kerja sebab mak tak suka aku duduk rumah.
Aku merempat tempat kawan – kawan, siap kena halau. Tiada satu pun family yang tanya keadaan aku. Aku pun tak cerita. Yelah, kan ‘hyper independent’. Yang aku terharu, ada kawan yang jauh tengok gambar aku dan cakap aku kurus sangat. Siap offer nak pinjamkan duit lagi sebab takut aku tak cukup makan. Masa ni, boyfriend (sekarang suami) yang banyak tolong aku. Ya Allah, murahkan rezeki suami aku. Aamiin.
Closure 2 : Jadi, dengan semua yang berlaku antara aku dan mak, aku belajar untuk maafkan diri sendiri dan mak. Ada yang aku sudah redha tapi ada perkara yang aku masih tak boleh ajar hati aku untuk melepaskan. Dah kira macam d3ndam kan?
Aku ada jumpa pakar psychi4trist untuk betulkan perkara ini tapi bila aku korek balik cerita lama untuk cari akar umbi masalah aku, lagi aku rasa sesak dan tak boleh nak redha dengan perbuatan dan kata – kata mak. Jadi apa perlu aku buat untuk ubat s4kit aku ni? Mohon nasihat yang baik – baik. Maaf jika ada bahasa yang tak sesuai atau mengguris mana – mana hati dengan luahan saya. Terima kasih semua. – Amni (Bukan nama sebenar)
Komen w4rganet :
Nuriah Abdrazak : So do i.. I pun hyper independent. Semua buat sendiri even nak cek in hospitaI pun buat sendiri sebab tak nak menyusahkan sesiapa. Dah sihat pun keluar sendiri.. drive sendiri. Balik jaa jenguk sekali sekala tak perlu tidur rumah dia untuk menjaga hati kita lebih dari biasa.
Kita buat seperti kawan – kawan. Apa dia cakap buat – buat tak dengar dan jangan ambil hati. Buat biasa jaa. Mak sendiri pun sedang s4kitkan hati sendiri.
Dia tak boleh nak tundukkan kita kepada dia lagi sebab tu dia m4kin menjadi – jadi. I doakan.. Allah pandang kebaikan kita.. kasihkan kita selamanya. Allah tahu apa isi hati kita.
Marcella Edora : Awak dah ada new family. Itu yang utama. Dengan mak, balik melawat sesekali. Raya ikut turn. Tanya khabar sesekali. Bagi duit belanja apa yang patut. Jalankan tanggungjawab sebagai anak. Biar awak jadi contoh yang baik pada anak awak plak.
Kalau rasa mak masih berkeras dan dingin then jarakkan sedikit hubungan tu. Tak perlu putus terus. Doakan lah mak lembut hati.
Doakan jugak agar hati awak dilembutkan untuk melupakan dan memaafkan. Selain berdamai dengan mak, awak kena berdamai dengan takdir jugak. I feel u sis. I feel u