Air rebusan nasi lebih berkhasiat? Rupanya ‘ubatan’ orang lama

Oleh ZULQARNAIN ISMAIL

Rakyat Malaysia dan nasi memang sukar untuk berpisah apatah lagi dari kecil sudah terbiasa untuk makan bubur hinggalah nasi berlauk.

Rupanya air rebusan daripada nasi itu lebih berkhasiat dan fakta ini dikongsi oleh Pegawai Penyelidik Prinsipal, Dr Suri Roowi.

Di bawah adalah perkongsian yang dimuat naik di Facebook Dr Suri Roowi pada tahun 2021.

Air rebusan nasi lebih berkhasiat? Rupanya ‘ubatan’ orang lama
Beras ada pelbagai jenis antaranya beras perang, beras putih, beras basmathi dan lain-lain lagi.

Sebelum kita masak nasi menggunakan periuk nasi elektrik atau masak atas api, perkara utama yang perlu kita lakukan adalah basuh dahulu beras tersebut.

Ia bertujuan untuk membuang habuk pada beras tersebut.

Tahukah anda, air rebusan nasi sebenarnya lebih berkhasiat berbanding nasi itu sendiri. Ini kerana..

Kajian menunjukkan air nasi beras perang kaya asid coumaric dan asid ferulik. Bahan-bahan ini bertindak sebagai antikanser, antidiabetes dan antioksidan.

Bahan berkhasiat ini biasanya hadir dalam bentuk bebas dalam air nasi dan mudah diserap ke dalam darah.

Air nasi yang dibuat menggunakan beras perang dan beras berwarna juga didapati lebih tinggi bahan antioksidan berbanding beras putih.

Air nasi juga dapat membantu mengatasi masalah angin, sembelit atau cirit birit

Selain itu, air nasi dapat menstabilkan suhu badan dan mengelakkan dehidrasi.

Air nasi juga membantu menurunkan berat badan

Seeloknya diminum bersama madu asli

CARA BUAT AIR REBUSAN BERAS / AIR NASI

Benarkah Air Beras Ada Manfaatnya? – XTRA

Bagaimana sebenarnya cara nak buat air nasi ni? Ini adalah resipi yang dikongsi portal Sirap Limau.

Untuk membuat air rebusan beras, Anda perlu menyiapkan dua bahan utama, iaitu beras sebanyak dua senduk dan 1 gelas kecil air.

Sukatan air dan beras di atas hanya digunakan untuk satu atau dua kali minum.

Seeloknya pilih beras yang berkualiti baik untuk membuat air nasi ini.

Cara membuat air rebusan beras ini sama macam nak masak nasi. Pertama, cuci berasnya terlebih dahulu dan toskan.

Tempatkan beras dalam periuk dan tambahkan air. Rebus hingga beras menjadi lembut. Kemudian, matikan api dan pisahkan nasi dengan air rebus dengan menggunakan penapis.

Air nasi / air beras siap untuk diminum.

Bagi yang suka amalkan hidup sihat bolehlah cuba resipi terbaru ini, mana tahu ada perubahan pada diri.

Baca juga: