Baru tahu air rendaman bendi boleh turunkan kolestrol

Oleh SULAIMAN ABD RAHMAN

Siapa sangka, kacang bendi adalah tanaman yang boleh memberikan banyak manfaat kepada kesihatan dan tubuh manusia.

Bukan sahaja enak untuk dimakan, khasiat yang terkandung di dalam kacang tersebut juga rupa-rupanya boleh menurunkan bacaan kolestrol.

Dipercayai boleh dijadikan sebagai rawatan alternatif, kacang bendi tersebut bagaimanapun perlu dijadikan air rendaman terlebih dahulu.

Baru tahu air rendaman bendi boleh turunkan kolestrol
Merupakan petua orang tua, berikut adalah resipi air rendaman kacang bendi daripada pengguna Facebook yang dikenali sebagai Salmah Muhamad.

1. Sediakan 10 hingga 15 batang bendi bersama satu liter air.

2. Basuh kacang bendi dan dan sejatkan sayur itu di dalam penapis.

3. Tunggu sehingga kering sebelum dipotong kepada bahagian kecil.

4. Masukkan bendi yang telah dipotong ke dalam bekas minuman kegemaran anda.

5. Simpankan air rendaman di dalam peti sejuk semalaman sebelum mula diminum.

6. Air boleh ditambah semula jika berkurangan, namun seeloknya tidak lebih daripada 3 kali.

Menerusi hantaran di Facebook Salmah, air tersebut akan berasa lebih sedap dan segar selepas rendaman menjadi lebih pekat serta likat.

Kongsi Salmah, petua orang lama itu mula diamalkan setelah wanita berkenaan mengalami ketidakselesaan dan kebas-kebas di kaki.

Tidak hanya menyelesaikan masalah kebas di kaki, tahap kolestrol di dalam badan Salmah juga mula menurun selepas meminum air rendaman itu.

Salmah turut memaklumkan, air rendaman kacang bendi tersebut berkhasiat untuk diminum segelas, sebanyak tiga kali setiap hari.

“Selain membantu menurunkan kadar kolestrol, kacang bendi mengandungi Asid Folik yang sangat bagus diamalkan untuk ibu mengandung.

“(Sayur ini juga berkhasiat untuk) ibu yang menyusukan bayi. Saya berjaya menyusukan anak sehingga dia berumur 3 tahun!” Akui wanita tersebut.

Baca juga:“Mak obses dengan kamera, dia suka bergambar dan pernah sekali ayah tertinggal kamera dalam kereta, rupanya mak aku buat perangai”