Tak perlu bazir duit, wanita kongsi cara jimat buat Loaded Potato Bowl ala KFC

Oleh ISMAIL YAHYA

Biasanya jika ada sambutan majlis istimewa pastinya anak-anak akan minta makanan yang sedap-sedap untuk dijamukan kepada tetamu.

Bagi ibu bapa yang suka berjimat, boleh cuba pekongsian resipi Loaded Potato Bowl ala KFC.

Pengguna media sosial, Tyra Manan berkongsi resipi tersebut menerusi Facebook Masak Apa Hari Ni.. (MAHN).

Tak perlu bazir duit, wanita kongsi cara jimat buat Loaded Potato Bowl ala KFC
Resipi ini boleh dinikmati dalam kuantiti yang banyak, sesuai untuk dihidang kepada sanak saudara atau kepada anak-anak tanpa mengeluarkan kos berlebihan.

Bahan Kentang Putar:

Kentang – 1kg
Butter – 100g (potong dadu)
Whipping cream – 100ml
Air – 50ml (bukan untuk rebus kentang ya)
Lada hitam
Garam – agak-agak biar secukup rasa
Cara membuatnya:

Rebus kentang sampai ia lembut.
Selepas itu, campurkan je semua bahan-bahan di atas tadi, gaul sehingga butter cair.
Jangan risau! rasa dia nanti serius sedap!

Bahan Ayam:

Ayam bahagian dada – potong dadu
Tepung bestari
Cara membuatnya:

Bancuh tepung dengan air selepas itu goreng ke dalam minyak panas.

Bahan Topping:

Jagung rebus

Serbuk keju yang dibancuh dengan air panas
Mayonis

Nota: Jagung rebus dahulu tapi jangan terlalu lama untuk elak ia kecut. Selepas itu gaulkan dengan sedikit gula dan garam.

Cara Letak Dalam Bowl:

Mula-mula, letak kentang putar. Kemudian, letak sos keju dan mayonis dan ulang kembali dengan letak kentang potato untuk dibuat secara berlapis.

Akhir sekali, baru letak jagung, ayam goreng dan curahkan lagi sos keju dengan mayonis.

Bagi mereka yang selalu craving nak makan menu ini dari KFC boleh cuba resipi ini, jimat masa nak dan minyak kereta.

Baca juga:“Pertama kali saya berkelakuan biadap dengan orang tua, saya keluar bilik dengan mulut berdarah saya ludahkan mak mertua saya”